Pimpinan PAS digesa waspada jawab isu hudud


Oleh Harakahdaily

PAS mengingatkan kepada mana-mana pemimpin atau ahli partinya yang bukan ahli dibidang pengajian Syariah Islam agar berhati-hati membuat kenyataan mengenai hukum hudud.

Ahli Jawatankauasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik melahirkan rasa kebimbangannya berhubung dengan beberapa kenyataan pemimpin parti mengenai pelaksanaan hudud di negara ini.

Ini kerana, katanya beberapa kenyataan pemimpin PAS sendiri yang disiarkan melalui akhbar arus perdana agak mengelirukan dengan tafsiran seolah-olah tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum tersebut.

“Berwaspadalah membuat kenyataan tentang hudud supaya tidak merosakkan aqidah. Merujuk kepada beberapa kenyataan mutakhir mengenai pelaksanaan hudud di negara ini, saya dapati ianya tidak selari dengan asas aqidah dan syariat Islam.

“Mana-mana kenyataan atau perkataan yang boleh ditafsirkan sebagai tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud ianya boleh mendatangkan kesan negatif dan mungkin boleh menjejaskan aqidah.

“Dan kenyataan-kenyataan seperti ini adalah sebaris dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Umno. Saya suka mengingatkan mereka yang tidak berkeahlian dalam bidang pengajian Islam khususnya dalam bidang Syariah supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat,” tegasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata demikian sebagai ‘responnya’ terhadap beberapa kenyataan termasuk pimpinan PAS mengenai kesukaran perlaksanaan hukum hudud di negara ini.

Justeru, Ustaz Abu Bakar menyarankan agar semua pihak tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi serta mendahului kepimpinan ulama’ yang memimpin gerakan Islam PAS di negara ini.

“Diharapkan juga agar semua pihak tidak membuat kenyataan yang mendahului pimpinan dan ulama’ yang memimpin gerakan Islam di negara ini,” ujarnya.


sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12646-pimpinan-pas-digesa-waspada-jawab-isu-hudud

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...