Mat Sabu: Saya tak tarik balik selepas tekanan


  • Wong Teck Chi
  • 5:49PM Ogos 29 2012
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan menarik balik kenyataan berhubung isu pembentangan usul perlaksanaan hudud di Parlimen selepas didakwa mendapat tekanan.

Beliau bagaimanapun menegaskan isu membentangkan usul itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya tidak timbul dalam wawancaranya yang disiarkan semalam.

NONEHarian berbahasa Cina Sin Chew Daily hari ini mempertahankan tulisannya dengan mendakwa pemimpin PAS itu menukar kenyataan selepas mendapat tekanan daripada rakan-rakan dalam Pakatan.

"Tidak. Tak ada tekanan apa. Lebih 1,000 laporan (polis) hal Bukit Kepong pun saya tak tarik (kenyataan).

"PERKASA, Majlis Profesor suruh tarik pun saya tak tarik," katanya merujuk kepada tekanan yang pernah dihadapinya sebelum ini.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Mohamad (atas) menegaskan, beliau yakin bahawa hudud sebahagian daripada hukum syariat Islam.

Bagaimanapun, katanya, perlaksanaannya hendaklah melalui proses demokrasi berparlimen dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan Rakyat.

NONE"Dalam perbualan telefon tersebut saya tidak pun menyebut bahawa Pas akan membawa usul rang undang-undang hudud ke Parlimen apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Malaysia pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Walaupun Mohamad telah menafikannya semalam, Sin Chew hari ini menyiarkan artikel dalam empat halaman, termasuk muka depan bagi mempertahankan laporannya.

Tajuk utama muka depannya berjudul "Pindaan Perlembagaan perlu untuk laksana hudud; Mustafa: Sama ada Parlimen lulus atau tidak perkara lain".

Tulisan itu memetik Setiausaha Agung Mustafa Ali sebagai berkata, orang Islam tidak boleh menolak hudud, tetapi pindaan perlembagaan diperlukan secara demokratik. Sama ada diterima atau tidak ia isu yang lain.

http://www.malaysiakini.com/news/207439
Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...