KUALA LUMPUR: "Katakan dalam setahun sebanyak 250 kali seseorang pengguna berulang-alik ke tempat kerja dan pebagai urusan lain dengan melalui Jambatan Sultan Mahmud.
"Kira-kira mudah, dia telah berjaya menjimatkan RM250 setahun hasil dari pemansuhan tol semenjak tahun 1999," tulis Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim di dalam blognya.
Menurutnya, sekarang tahun 2013, congak mudah sama ada rakyat sedar atau tidak, sebenarnya telah berlalu hampir 14 tahun pengguna melalui jambatan dengan menyaksikan plaza tol telah menjadi monumen sejarah.
"RM250 setahun untuk 14 tahun, sejumlah RM3,500 telah berjaya dijimatkan. Lumayan bukan, berbanding kerajaan Umno yang hanya memberikan BR1M berjumlah RM500 setelah lebih 50 tahun memerintah," tulisnya lagi. Tulisan penuh seperti di bawah.
“Janji kosong belaka tu…” Begitulah bunyi nada sinis pemimpin Umno Terengganu di atas pentas politik mereka apabila mengulas tentang tawaran-tawaran dalam manifesto PAS Terengganu.
“Selama ni ngetoh (memerintah) tak wat (buat) mende (benda) satu pun! Acu (cuba) kabor (beritahu) mende apa yang PAS doh buat!”
Menjawab perkara ini, saya berhajat nak mengajak pembaca meletakkan diri pada tahap pemikiran umum masyarakat untuk kita membuat beberapa analisa mudah dan ringkas.
Yang pertama, penghapusan tol Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Kadarnya 50 sen untuk perjalanan pergi dan 50 sen untuk perjalanan balik.
Katakan dalam setahun sebanyak 250 kali seseorang pengguna berulang-alik ke tempat kerja dan pebagai urusan lain dengan melalui Jambatan Sultan Mahmud. Kira-kira mudah, dia telah berjaya menjimatkan RM250 setahun hasil dari pemansuhan tol semenjak tahun 1999.
Sekarang tahun 2013, congak mudah sama ada rakyat sedar atau tidak, sebenarnya telah berlalu hampir 14 tahun pengguna melalui jambatan dengan menyaksikan plaza tol telah menjadi monumen sejarah.
RM250 setahun untuk 14 tahun, sejumlah RM3,500 telah berjaya dijimatkan. Lumayan bukan, berbanding kerajaan Umno yang hanya memberikan BR1M berjumlah RM500 setelah lebih 50 tahun memerintah.
Yang kedua, penghapusan cukai pintu rumah kediaman. Ambil contoh kadar puratanya sebanyak RM150 setahun. Sepanjang lebih kurang 4 tahun pemerintahan PAS dari 1999 hingga 2004, bermakna rakyat telah berjimat RM600 setahun sebelum ianya kembali dibebankan kepada rakyat apabila Umno/BN kembali ke Wisma Darul Iman pada 2004.
Bayangkan kalau tindakan pengecualian cukai pintu dikekalkan sehingga sekarang tahun 2013, bermakna selama 14 sekitar RM2,100 telah terselamat dalam poket rakyat.
Penghapusan cukai pintu rumah kediaman menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan sekitar RM12j setahun. Tapi tak menjadi masalah asalkan beban rakyat boleh dikurangkan.
Yang ketiga, kenaikan hampir 100% elaun imam/bilal dari RM180 sebulan kepada RM350 sebulan. Bermakna pertambahan pitih yang masuk ke poket imam dan bilal RM170 sebulan bersamaan RM2,040 setahun, selama 14 tahun dari 1999 hingga 2013 menjadikan jumlah RM28,560.
Itupun lantaran Kerajaan Umno Terengganu tak tergamak untuk menurunkan semula elaun yang telah dinaikkan oleh Kerajaan PAS. Sebahagian besar para imam dan bilal pula adalah ahli dan penyokong Umno.
Yang keempat, menaikkan bantuan fakir/miskin melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM). Bantuan untuk golongan fakir dinaikkan dari RM150 kepada RM200 sebulan.
Ertinya pertambahan RM50 sebulan atau sebanyak RM600 setahun menjadikan pertambahan bantuan untuk golongan fakir selama 14 tahun berjumlah RM8,400. Itu pun kerana Umno sekali lagi tak tergamak untuk menurunkan semula bantuan yang telah dinaikkan oleh kerajaan PAS dulu.
Bantuan untuk golongan miskin pula dinaikkan dari RM120 kepada RM150 sebulan. Pertambahan RM30 sebulan atau RM360 setahun.
Sekali lagi selama 14 tahun apabila Kerajaan Umno mengiktiraf keputusan Kerajaan PAS dulu menjadikan jumlah pertambahan yang telah diterima oleh seorang miskin sebanyak RM5,040.
Maafkan saya kerana mengajak pembaca semua menjadi orang kampung, menghintung setiap sen dan ringgit. Mafhum mukhaalafah (makna di sebaliknya) saya ingin mendedahkan betapa rendahnya IQ pemimpin Umno yang menjaja ke sana-sini, “PAS tak dok buat gapo satu pun!”
Kalau mereka boleh buta untuk melihat perkara mudah sebegini, saya keliru, apakah mereka mampu untuk melihat sesuatu yang lebih besar?
Hanafiah (tiga kanan) bersama ahli Unit Amal MTD Chukai melihat keadaan dalam rumah banglo Haslina dan Kamaruddin yang musnah dijilat api.
GELIGA – “Sebab beg mekap tertinggal, saya dan suami berpatah balik ke rumah sebelum lihat asap tebal berkepul-kepul keluar dari bumbung rumah,” kata pemilik kedai hiasan dalaman, Haslina Abu Zidin, 53, yang kerugian hampir RM1 juta selepas rumah banglonya sekeluarga dijilat api kelmarin.
Kira-kira 90 peratus rumah terbabit musnah dengan hampir semua perabot berjenama, barangan elektrik, pakaian baru dan barangan berharga lain tidak dapat diselamatkan.
Kebakaran kira-kira jam 12.15 tengah hari itu disedari suaminya, Kamaruddin Ahmad, 55, sejurus mereka berdua pulang semula ke rumah untuk mengambil beg mekap yang tertinggal setelah mengambil langsir yang ditempah pelanggan di kedai milik mereka yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah.
Haslina berkata, dia dan suaminya keluar dari rumah pada jam 11.30 pagi untuk menghantar langsir ke Kuala Lumpur yang ditempah pelanggan.
“Apabila sampai di pekarangan rumah, kebetulan pula ada orang menelefon saya, jadi suami yang keluar dari kereta untuk mengambil beg mekap.
“Namun, waktu suami buka pintu rumah dia tercium bau hangit, lalu suami buka satu lagi pintu dan terlihat asap hitam memenuhi ruang sebelum dia menjerit rumah terbakar," katanya.
Mujur semua selamat
Kata ibu empat anak itu, asap tebal dan api yang menjulang serta marak dengan cepat menyebabkan dia dan suami tidak berani untuk masuk ke dalam rumah bagi mengeluarkan barang berharga.
Pun begitu, Haslina bersyukur kerana ketika kejadian empat anaknya tiada di rumah kerana tiga anak lelakinya, Mohd Hafiz, 28, Mohd Hakimi, 23, dan Mohd Hazwan, 21, bekerja di kedai mereka sementara anak perempuan tunggalnya, Nurul Atiqah, 14, berada di sekolah.
Sementara itu, Haslina mengakui sejak beberapa bulan kebelakangan ini dia berasa tidak sedap hati seolah-olah sesuatu yang tidak baik akan menimpa keluarganya.
“Sebelum ini sudah banyak tragedi saya alami termasuk anak lemas dan turut berpesan pada amereka agar sentiasa hati-hati. Tapi tak sangka pula rumah akan terbakar dan sekelip mata ia musnah,” katanya lagi.
Tindakan Haslina dan suaminya untuk berpatah balik semula ke rumah juga ada hikmah kerana jika kebakaran itu tidak disedari awal, kemungkinan rumah jiran di kiri dan kanan turut terbakar.
Sementara itu, Unit Amal Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai yang diketuai Pengarahnya, Hanafiah Mat turut meluangkan masa menziarahi mangsa.
Kamaruddin sekeluarga kini tinggal buat sementara waktu di sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan perabot jati terletak di hadapan rumah mereka yang terbakar.
Mana-mana pihak mahu menyumbang boleh menghubungi talian 019-917 5488 (Haslina) atau 016-986 5488 (Kamaruddin).
Azhar Yahya,
19 Okt 2012
Ketika Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan di Malaysia. Ramai tertanya-tanya, di manakah Fathul Bari yang dilihat sunyi sepi tidak membantah kenyataan tersebut.
Persoalan ini timbul apabila Fathul Bari sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan mewakili Ulamak Umno dalam berbicara tentang agama.
Sepatutnya kenyataan Datuk Seri Chua ini menjadi perhatian beliau untuk ditegur tanpa lengah kerana ia berkait rapat dengan kesucian Islam dan sensitiviti umat Islam.
Adakah beliau memilih isu menguntungkan sahaja untuk mengulas?
Isu-isu yang merugikan politik Umno ditinggalkan walaupun ia isu yang besar di sisi Islam.
Datuk Seri Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali sebenarnya menggunakan cara yang sama yang diajar oleh Umno untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.
Umno menakut-nakutkan orang ramai dengan pelbagai andaian yang karut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Negara akan muflis, mundur ke belakang dan lain-lain lagi menjadi bebelan Umno ke mana sahaja mereka pergi.
Nampaknya Datuk Seri Chua belajar daripada Umno untuk menakutkan rakyat dengan menghina hukum Hudud. Beliau begitu berani menghina kerana yakin tidak ada sesiapa pun daripada kalangan pemimpin dan Ulamak Umno termasuk Fathul Bari akan menegur dan mengambil tindakan kepadanya.
Beliau yakin Umno dan Ulamaknya tidak akan berbuat apa-apa kerana ia memberi keuntungan kepada politik Barisan Nasional untuk menarik undi orang Cina.
Kalau PAS yang menegurnya, beliau tidak ambil kisah kerana memang sifat PAS yang suka membangkang.
Ini bukan kali pertama Umno dan ulamanya senyap dalam berdepan dengan kenyataan Datuk Seri Chua menghina hudud.
Ketika Datuk Seri Chua menyatakan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika Hudud dilaksanakan selepas merasmikan forum mengenai Hudud di Wisma MCA, Umno dan ulamanya juga senyap tidak membantah.
Malah beliau juga menegaskan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.
Mungkin kerana ugutan keras MCA akan keluar Barisan Nasional jika Umno melaksanakan hudud menyebabkan Umno dan ulamanya termasuk Fathul Bari menikus demi kepentingan survival politik mereka walaupun terpaksa menggadaikan Islam.
Penulis ialah Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

Kerajaan Arab Saudi telah menolak permohonan daripada 40 negara bagi mendapatkan tambahan kuota haji tahun ini disebabkan kerana kerja-kerja pembangunan kini sedang dijalankan di kota-kota suci Makkah dan Madinah, lapor akhbar-akhbar harian negara itu semalam.
"Kementerian (Haji) telah meminta maaf kepada semua negara yang meminta jumlah jemaah dari negara mereka ditambah... (kerana) projek pembangunan gergasi di Makkah dan Madinah menyukarkan (kami) menampung lebih ramai (jemaah)," jelas Menteri Haji, Bandar al-Hajjar, seperti ditukil dalam laporan agensi berita AFP.
Setiap negara yang mempunyai penduduk Islam diberi kuota 1,000 jemaah bagi setiap sejuta penduduk Islamnya.
Sistem kuota haji dilaksanakan setelah percubaan polis Arab Saudi mengekang bantahan oleh sekumpulan jemaah Iran yang mengadakan tunjuk perasaan anti-Amerika Syarikat dan anti-Israel pada 1987 mencetuskan pertempuran yang mengakibatkan 402 orang terkorban, termasuk 275 warga Iran.
Tahun lalu, hampir tiga juta jemaah menunaikan ibadah haji.
Pihak berkuasa Arab Saudi tidak memberikan sebarang isyarat bahawa ia dapat menampung lebih ramai jemaah tahun ini.
Raja negara itu, Raja Abdullah, telah secara rasmi melancarkan projek membesarkan Masjidil Haram di Makkah bernilai AS$10.6 bilion ($12.98 bilion).
Kemuncak musim haji tahun ini dijangka berlaku pada atau sekitar 25 Oktober, apabila jemaah haji dijangka melaksanakan ibadah wukuf di Arafah.
Akhbar Berita Harian Malaysia Isnin lalu melaporkan bahawa Malaysia telah mengemukakan rayuan sebanyak dua kali kepada kerajaan Arab Saudi bagi mendapatkan 10,000 kuota tambahan jemaah bagi tahun ini.
Sementara itu, laman berita Jakarta Globe melaporkan pada 10 September lalu bahawa Menteri Ehwal Agama Indonesia, Encik Suryadharma Ali, berkata negara itu juga gagal mendapatkan kuota tambahan tahun ini walaupun berjaya memperoleh 10,000 tempat tambahan tahun lalu.
SETIU - PAS Terengganu akan membuat satu perisytiharan penting pada program berprestij Himpunan kebangkitan rakyat - PAS Ganti Umno, Kali Ke-5 (PGU 5.0) yang diadakan di pekan jabi disini pada 5 & 6hb Oktober depan.
Pesuruhjayanya YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata perisytiharan tersebut akan menambahkan lagi satu 'ikon baru' dalam perjuangan PAS Terengganu menjelang pilihanraya umum akan datang.
"Kita akan buat satu perisytiharan penting, ada peisytiharan 'ikon baru' tokoh (dari negeri Terengganu) yang akan menyertai PAS bersempena program PGU 5.0,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui mengadakan lawatan ke tapak PGU 5.0 yang terletak di bersebelahan Dewan Sivik Pekan Jabi, dekat sini pada Rabu, 19 September.
Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berpuas hati dengan persiapan awal tapak Himpunan tersebut yang merupakan siri program PAS menggerakkan kebangkitan rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.
Program PGU kali pertama telah di adakan pada 15 Januari 2011 di Dataran Tok Guru Geliga, Chukai Kemaman, pada Januari 2011.
Kali terakhir PGU 4.0 di adakan pada pada 29 hingga 30 Jun lalu, di Kg Padang Mengkuang Batu 10, Jalan Kuala Berang, dekat Taman safiah Murni, Marang.
Sebelum itu, PGU 2.0 telah di adakan di Dataran PGU di belakang bandar Jerteh, dalam kawasan Parlimen Besut pada 18 dan 19 Mac, 2011.
Manakala PGU 3.0 telah dijayakan di Pantai Pandak Chenderin, Kuala Terengganu pada 14 dan 15 Oktober 2011.
PGU 5.0 melengkapkan pusingan Himpunan Kebangkitan Rakyat di setiap kawasan parlimen dengan cadangan PGU terakhir kali ke-7 akan akan di di parlimen Dungun.
Walaupun tidak ada PGU di Parlimen Hulu Terengganu, namun kawasan itu agak istimewa kerana di pilih menjadi tuan rumah Program Himpunan memperingati 100 Itqan al-Muluk bi Takdi as-Suluk, yang diadakan di Kampung Gaung Kuala Berang pada 6 dan 7 Januari, 2012.
Sementara itu Pengarah Persiapan PGU 5.0 Dr Azman Ibrahim memaklumkan, tanah seluas lapan ekar milik keluarga seorang aktivis PAS akan diguna akai sepenuhnya sebagai tapak PGU 5.0.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindkan DUN Jabi berkata selain dari 'ikon' yang akan diisytiharkan pada hari PGU 5.0 turut sama akan meneyrahkan borang keahlian PAS adalah 15 orang beka-bekas ahli Umno dalam DUN berkenaan.
Turut serta dalam program lawatan tapak PGU 5.0 bersama Haji Wahid adalah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Ketua Keselamatan PAS PAS Setiu Rosdi ibrahim serta para petugas PAS DUN Jabi.
Kemaman - Seramai lebih 150 orang warga Tionghua melahirkan rasa sukacita kerana mereka diraikan dalam majlis sempena hari raya bersekali sempena sambutan perayaan kuih bulan serta perayaan Tang Lung.

Majlis tesebut yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai telah diadakan pada petang Selasa bermula jam 6.30 petang, 18 September di sebuah restoran di Taman Chukai Utama di bandar Chukai dekat sini
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undanga Negeri (MTD) Chukai Haji Hanafiah Mat mengucapkan terima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan sedia memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata majlis tesebut diadakan bersekali dengan perayaan kuih bulan dan perayaan Tang Lung yang akan disambut oleh oleh kaum Tionghua pada akhir September ini.

"saya ucap teima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan teima kasih kerana sedia jemberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat,
"sebelum akhir majlis ini kita akan edarkan kuih bulan PAS sempena mengingati sejarah perjuangan orang-orang di negeri China pada zaman dahulu,
"dan ia pastinya akan meningkatkan semangat kepada warga Tionghua untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,"ujarnya yang disambut dengan tepukan oleh para hadirin.

Turut hadir dan memberikan ucapan pada majlis tersebut adalah ADUN Simpang Pulai Perak YB Chan Ming Kai dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing
Ng Chai Hing telah menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga warga Tionghua Chukai kepada MTD Chukai kerana menganjurkan majlis tersebut.
Menurutnya, itulah kali pertama majlis seumpamanya yang diadakan khusus untuk masyarakat Tionghua.
 |
5:44PM Sep 7 2012 |
|
Untuk
pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa
menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak
menunjukkan punggung kepada gambar mereka.

Setakat
ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di
ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah
diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.
Bagaimanapun,
terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah
pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang
dilihat tergesa-gesa.
Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih
kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin
Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.
Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:
Lim Guan Eng
Ketua
Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam
tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak,
dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di
hadapan rumahnya.
Datuk Ambiga Sreenevasan
Bekas
presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi
sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui
protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.
Pada
April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia
(UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.
Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Terdapat
juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam
menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas.
Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.
Lim Kit SiangGambar
pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama
pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam
'perhimpunan kepala lembu' didakwa.
http://www.malaysiakini.com/news/208271
|
Khairil Abdul Rahim,
|
07 Sep 2012
|
TEMERLOH:
Penduduk berbangsa Cina di Mentakab dekat sini, merasa resah dan
tersinggung dengan tindakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang
meletakkan replika keris di tiang-tiang lampu sepanjang jalan utama dan
kawasan perumahan di bandar ini sejak dua bulan lalu.
Bagi mereka, pihak berkuasa tempatan yang mempunyai ahli majlis
daripada pelbagai kaum sepatutnya boleh menilai sama ada sesuatu yang
hendak dilakukan sensitif kepada sesuatu kaum ataupun sebaliknya bagi
menjayakan semangat satu Malaysia.
(Gambar: Replika keris yang digantung sepanjang jalan di Mentakab, menakutkan penduduk Cina.)
Seorang penduduk Tan Siew Leong, 35, ketika ditemui berkata benda
yang tajam dalam kepercayaan orang Cina atau Feng Shui, adalah tidak
baik apa lagi dihalakan tepat ke arah rumah penduduk.
“Mungkin dalam tradisi orang Melayu perkara seperti ini tidak mengapa
tetapi bagi orang Cina, terutama yang sudah berusia, itu menimbulkan
persepsi yang negatif, tidak baik malah sebagai ancaman.
“Malaysia ini negara pelbagai kaum sepatutnya pihak kerajaan tempatan faham budaya bangsa-bangsa yang ada di sini,” jelasnya.
Tambahnya, dalam kepercayaan orang-orang Cina benda tajam yang
terarah ke diri sendiri (atau tempat kediaman) boleh menimbulkan
ketakutan kerana mempunyai bisa, mencelakakan dan akan terus
mempengaruhi pada kejiwaan seseorang.
Bandar Mentakab mempunyai kira-kira 70 peratus penghuni berbangsa
Cina yang tinggal di taman-taman perumahan. Wakil rakyat kawasan
berkenaan ialah dari MCA dan BN.
Seorang penduduk dari Taman Mentakab, Chong Ting Mei, 73, mengakui
beliau bersama 40 keluarga di situ merasa amat tidak selesa apabila
sesuatu benda tajam dihalakan ke rumah atau kepada mereka kerana membawa
maksud tidak baik.
Menurutnya, penduduk telah membuat aduan kepada pemimpin tempatan dan
MPT, malangnya masih tiada respons daripada pihak berkenaan.
“Perkara ini sangat sensitif kepada kami yang berketurunan Cina.
Tujuan diletakkan replika keris pada tiang lampu jalan itu masih belum
terjawab.
“Jika tidak ada sebab yang penting, kami gesa supaya replika keris itu diturunkan segera,” katanya.
Sementara itu, ketua DAP Mentakab Lai Chee Ming turut mempersoalkan
tujuan MPT memasang replika keris pada lampu jalan di taman perumahan
berkenaan.
Katanya, pihaknya sudah mendapatkan tandatangan penghuni Cina di
bandar Mentakab untuk diserahkan kepada MPT dalam masa terdekat.
Menurutnya, pihaknya akan menyediakan memorandum bantahan kepada MPT
mewakili penduduk bagi menangani isu tersebut secepat mungkin.
“Kami juga sependapat dengan penduduk supaya MPT tukar replika keris
itu dengan sesuatu yang lain dan tidak tajam jika mereka berhasrat
mengekalkan hiasan pada tiang lampu berkenaan.
“Yang peliknya wakil MCA (berbangsa Cina) juga ada dalam mesyuarat
majlis daerah... jadi kenapa tidak dibantah perkara yang menakutkan
penduduk itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Mentakab
Norazmi Abdul Majid, turut mengecam tindakan menggantung keris itu.
Katanya, ada pelbagai andaian dengan menggantung keris tidak bersarung seperti lambang Umno itu seolah-olah “mengugut” penduduk.
Tambahnya jika benar, nampaknya Umno masih tidak serik-serik dengan
isu keris ini di mana BN kehilangan undi Cina pada pilihan raya umum
yang lalu kerana dikaitkan Ketua Pemuda parti itu mencabut dan mencium
keris dalam perhinpunan agungnya.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12999-cina-resah-replika-keris-di-tiang-lampu-
Oleh Mohd Farhan Darwis
September 07, 2012

Kelihatan
Fathul Bari (kiri) bersama sekumpulan ulama muda menyerahkan borang
menyertai Umno pada pertengahan tahun 2010. – Gambar fail
KUALA
LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang
diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera
menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan
hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan
melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab
dengan pemimpin tertinggi Umno.
Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul
Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan
melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan
masing-masing.
“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun
mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti
untuk mendahulukan perkara itu.
“Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.
Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui
penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”
“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya lagi kepada
The Malaysian Insider.
Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng
seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas
bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga
menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.
“Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.
“Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya lagi.
Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap
membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi
kebelakangan ini.
Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.
“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran
khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,”
kata Asri dalam kenyataannya di laman rasminya www.drmaza.com.
Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama
muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka
dengan adil dan bukannya mengikut kehendak parti semata-mata.
“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu
ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun
tak suka,” tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.
Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan
kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa
tetapi berdiam diri apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi
sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti
anjing.
“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas
kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.
“Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/fathul-bari-terima-kasih-atas-nasihat-dr-asri-harus-mula-terlebih-dahulu/
Suspek kes sumbang mahram kaji fail samanKUALA
LUMPUR: Suspek utama yang dikaitkan dengan isu ‘sumbang mahram’ yang
sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar (gambar) akan
memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan
blog, lapor
pahangdaily.blogspot.com.
Ini
ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya
beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu
terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.
“Malah
ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan
seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.
"Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis.
Tetapi
mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas
kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai
pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta
ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini.
Peguam
saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap
mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului
mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan
masa depan saya,” kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.
Menurut
blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO
mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR),
kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan
pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah,
ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat
sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd
Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk
Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air
(KITA) peringkat negeri Pahang.
“Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah
menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang
PRU-13 ini sebenarnya,” tulis blogger itu lagi. -HD
http://greenboc.blogspot.com/2012/08/susulan-sumbang-mahram-mohd-nor-timbang.html
SEMASA Perhimpunan BERSIH 3.0 tempoh hari sebanyak
10 jalan ditutup selama sehari kerana Himpunan Bersih 3.0 tersebut diadakan di sekitar Dataran Merdeka.
Antara
jalan-jalan yang ditutup waktu itu adalah Jalan Raja laut, Jalan
Parliment, Jalan Kinabalu, Leboh Pudu, Jalan Syed Putra, Jalan Sultan
Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan
Ampang
Namun pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ini,
sebanyak 18 jalan-jalan ke Dataran Merdeka ditutup. Bukan itu sahaja, jalan-jalan ini
ditutup selama tiga hari [
MyMetro].

Antara jalan-jalan yang ditutup ialah seperti berikut sebanyak
18 batang jalan yang menuju ke Dataran Merdeka.
Jalan Travers/Jalan Damansara
Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
Jalan Tembusu/Jalan Lembah
Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
Jalan T.A Rahman/Jalan Raja
Tapi yang menghairankan, semasa Bersih 3.0 ada sekumpulan mamak-mamak peniaga membuat laporan polis kerana mereka
menghadapi kerugian akibat penutupan jalan-jalan ini selama sehari.
Adakah kumpulan mamak-mamak peniaga tersebut akan membuat laporan Polis juga kerana
mengalami kerugian sebanyak tiga kali ganda akibat penutupan jalan-jalan ke Dataran Merdeka selama tiga hari?
ReJaM© "
Hanya orang bodoh percaya dengan propaganda bodoh kah kah kah "
source:
http://milosuam.blogspot.com/2012/08/hari-kemerdekaan-peniaga-mengamuk-18.html#ixzz24wMHp0nh
LANTARAN tindakan TV3 yang
mengheret Mak Tom, ibu kepada pengacara dan pelakon terkenal Azwan Ali ke dalam salah sebuah slot Buletin Utama, Azwan Ali
melancarkan kempen anti TV3 di twitter.
Tindakan
TV3 itu berpunca daripada Ummi Hafilda yang membawa wanita berusia 79
tahun itu beraya di perantauan iaitu di Melaka sebelum memanggil
wartawan TV3 untuk
mengheret beliau ke dalam isu politik rujuk sini [
Mak Tom].
Tindakan TV3 itu begitu jelas
sengaja memecahbelahkan keluarga Azwan Ali dan perkara itu langsung tidak dapat diterima olehnya.
Sebagai respon, Azwan Ali melancarkan
kempen #JijikTV3 di twitternya. Setiap mesej yang diterimanya daripada peminat akan dibalas dengan respon #JijikTV3 sebagai menunjukkan rasa
marahnya yang meluap-luap kepada TV3.

Selain itu Azwan juga meluahkan bahawa beliau sudah
tidak mengaku Ummi Hafilda sebagai adiknya lagi lantaran tindakannya yang kerap
mengheret ibu mereka ke kancah politik.Azwan Ali juga turut mendedahkan bagaimana arwah ayahnya dulu turut sudah
tidak mengakui Ummi Hafilda sebagai anak. Malah menulis surat wasiat khusus terhadap perkara itu.
ReJaM© "T
ergamak perkudakan ibu sendiri untuk kempen politik..."
source:
http://milosuam.blogspot.com/2012/08/azwan-ali-anjur-kempen-jijiktv3-di.html#ixzz24wLnrXtQ
 |
- Wong Teck Chi
- 5:49PM Ogos 29 2012
|
|
Timbalan
Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan menarik balik kenyataan berhubung
isu pembentangan usul perlaksanaan hudud di Parlimen selepas didakwa
mendapat tekanan.
Beliau bagaimanapun menegaskan isu
membentangkan usul itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan
Putrajaya tidak timbul dalam wawancaranya yang disiarkan semalam.

Harian berbahasa Cina
Sin Chew Daily hari
ini mempertahankan tulisannya dengan mendakwa pemimpin PAS itu menukar
kenyataan selepas mendapat tekanan daripada rakan-rakan dalam Pakatan.
"Tidak. Tak ada tekanan apa. Lebih 1,000 laporan (polis) hal Bukit Kepong pun saya tak tarik (kenyataan).
"PERKASA, Majlis Profesor suruh tarik pun saya tak tarik," katanya merujuk kepada tekanan yang pernah dihadapinya sebelum ini.
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Mohamad (
atas) menegaskan, beliau yakin bahawa hudud sebahagian daripada hukum syariat Islam.
Bagaimanapun,
katanya, perlaksanaannya hendaklah melalui proses demokrasi berparlimen
dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan
Rakyat.

"Dalam
perbualan telefon tersebut saya tidak pun menyebut bahawa Pas akan
membawa usul rang undang-undang hudud ke Parlimen apabila Pakatan Rakyat
mengambil alih pemerintahan Malaysia pada pilihan raya umum ke-13
nanti," katanya.
Walaupun Mohamad telah menafikannya semalam,
Sin Chew hari ini menyiarkan artikel dalam empat halaman, termasuk muka depan bagi mempertahankan laporannya.
Tajuk
utama muka depannya berjudul "Pindaan Perlembagaan perlu untuk laksana
hudud; Mustafa: Sama ada Parlimen lulus atau tidak perkara lain".
Tulisan
itu memetik Setiausaha Agung Mustafa Ali sebagai berkata, orang Islam
tidak boleh menolak hudud, tetapi pindaan perlembagaan diperlukan secara
demokratik. Sama ada diterima atau tidak ia isu yang lain.
http://www.malaysiakini.com/news/207439
Oleh Harakahdaily
PAS
mengingatkan kepada mana-mana pemimpin atau ahli partinya yang bukan
ahli dibidang pengajian Syariah Islam agar berhati-hati membuat
kenyataan mengenai hukum hudud.
Ahli Jawatankauasa Kerja PAS
Pusat, Datuk Abu Bakar Chik melahirkan rasa kebimbangannya berhubung
dengan beberapa kenyataan pemimpin parti mengenai pelaksanaan hudud di
negara ini.
Ini kerana, katanya beberapa kenyataan pemimpin
PAS sendiri yang disiarkan melalui akhbar arus perdana agak mengelirukan
dengan tafsiran seolah-olah tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum
tersebut.
“Berwaspadalah membuat kenyataan tentang hudud supaya
tidak merosakkan aqidah. Merujuk kepada beberapa kenyataan mutakhir
mengenai pelaksanaan hudud di negara ini, saya dapati ianya tidak selari
dengan asas aqidah dan syariat Islam.
“Mana-mana kenyataan atau
perkataan yang boleh ditafsirkan sebagai tidak bersetuju dengan
pelaksanaan hukum hudud ianya boleh mendatangkan kesan negatif dan
mungkin boleh menjejaskan aqidah.
“Dan kenyataan-kenyataan
seperti ini adalah sebaris dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Umno. Saya
suka mengingatkan mereka yang tidak berkeahlian dalam bidang pengajian
Islam khususnya dalam bidang Syariah supaya tidak membuat
kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat,” tegasnya kepada
Harakahdaily.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Lajnah
Pendidikan PAS Pusat berkata demikian sebagai ‘responnya’ terhadap
beberapa kenyataan termasuk pimpinan PAS mengenai kesukaran perlaksanaan
hukum hudud di negara ini.
Justeru, Ustaz Abu Bakar menyarankan
agar semua pihak tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh
menimbulkan kontroversi serta mendahului kepimpinan ulama’ yang memimpin
gerakan Islam PAS di negara ini.
“Diharapkan juga agar semua
pihak tidak membuat kenyataan yang mendahului pimpinan dan ulama’ yang
memimpin gerakan Islam di negara ini,” ujarnya.
sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12646-pimpinan-pas-digesa-waspada-jawab-isu-hudud
|
Harakahdaily,
|
25 Ogs 2012 | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
|
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui
proses demokrasi yang sedia ada.
Malah ujarnya, usaha itu telah
dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II
Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan
dikedua-dua negeri itu.
Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf
undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah
mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.
"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.
"Kita
akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang
media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya
PAS di Pejabat Agung parti itu petang ini.
Ditanya berhubung
Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang
perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang
pelik bagi PAS.
"Masalah Karpal lawan tak pelik. Sebab itu Allah
menurunkan surah Al-Maidah yang mana orang Yahudi dan kafir tidak
menyokong Islam dan Allah turunkan ayat itu.
"Yang kita peliknya Umno yang lawan. Malah ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.
Beliau
turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada
kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di
negeri itu.
Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.
"Karpal
bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai
Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.
"Bahkan
kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup
mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya
Oleh Lisa J. Ariffin
August 26, 2012
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Salah satu kumpulan Islam paling
berpengaruh meminta MCA dan DAP agar berhenti memainkan isu hudud oleh
sebb kedua-dua parti politik kaum Cina itu dilihat mempromosikan
‘Islamophobia’ di Malaysia.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan hari
ini berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin MCA dan DAP mengenai
hudud baru-baru ini sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam
yang merupakan penduduk majoriti di negara ini.
Beliau menuduh kedua parti tersebut menggunakan isu hudud demi untuk
memenangi sokongan daripada penduduk bukan Islam negara ini menjelang
pilihan raya yang semakin hampir.
“Jika situasi ini dibiarkan secara berterusan dan tidak dihentikan,
fenomena Islamophobia — hubungan tidak baik di antara orang Islam dan
bukan Islam di seluruh dunia merebak masuk ke dalam negara,” kata Amidi
dalam sebuah kenyataan hari ini.
Beliau dengan tegas menyatakan Islam tidak akan menafikan hak dan
kebebasan bukan Islam dan ini dinyatakan dengan jelas dalam jurispuden
Islam.
“Sebarang percubaan untuk mempolemikkan undang-undang Islam (hudud)
untuk mencipta prejudis dikalangan bukan Islam harus dihentikan,”
tegasnya.
“Sebaliknya, semua pihak harus bersiap-sedia untuk memahami
undang-undang ini untuk mencegah ketidakfahaman dikalangan masyarakat,”
tambahnya.
Amidi mengatakan bahawa organisasinya menawarkan diri untuk memberi
penjelasan mengenai isu ini dalam bentuk diskusi termasuk perbincangan
akademik.
“ABIM juga telah bersedia untuk membuat diskusi penjelasan kepada orang ramai terutamanya kepada komuniti bukan Islam,” katanya.
Semalam, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta orang
ramai agar tidak terpengaruh dengan tindakan terdesak Barisan Nasional
untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu rasuah dan salah guna
kuasa.
Hudud seringkali menjadi isu yang menyebabkan parti komponen Pakatan
Rakyat (PR), PAS dan DAP seringkali bertegang urat semenjak pakatan
pembangkang itu ditubuhkan selepas pilihan raya 2008.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pertelingkahan-hudud-mca-dap-akan-membawa-ke-islamophobia-tegas-abim/
Oleh Anwar Ibrahim
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
25 OGOS 2012
HUDUD DAN KETERDESAKAN POLITIK UMNO
Percubaan
terkini UMNO menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti
yang dipaparkan menerusi permainan isu Hudud dan Negara Islam di dalam
media-media kawalan UMNO sekali lagi membuktikan gejala politik melulu
yang membudaya di kalangan mereka. Percubaan keji bersifat ugutan dan
hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan
langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan
rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Tidak
kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO,
kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain
untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda
pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak
istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang
dilindungi oleh Perlembagaan.
Dasar
bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan
rasmi kami tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus kami. Marilah kita
mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan. Kita seharusnya perlu
terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan
rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang
semakin membebankan rakyat.
Berkaitan
persoalan Shariah, Hudud dan Negara Islam, kami mengiktiraf serta
menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam
Pakatan Rakyat. Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan
konsensus politik. Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran
dan Sunnah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip Shariah. Saya
percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir
urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi.
Dalam
hal ini, Pakatan Rakyat akan kekal berpandukan prinsip-prinsip
berteraskan keadilan sejagat, tadbir urus yang baik,
kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberdayaan dalam usaha memberikan
yang terbaik buat rakyat.
Kita
tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan
oleh UMNO-BN. Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap
kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan
mereka sendiri.
ANWAR IBRAHIM
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=16132
Oleh: tertibon
"
WASHINGTON
– Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama
menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.
Beliau
berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini
selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.
Beliau
dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di
bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat
tontonan ratusan juta penduduk dunia. – AFP
AJM Info
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=16136
"
|
- Ahmad Fadli KC
- 10:49AM Ogos 26 2012
|
|
WAWANCARA
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau melihat mantan menteri besar
Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo sebagai pemimpin yang lebih berbudi
bahasa dan beradab berbanding Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Seri Noh Omar.
"Kedua-dua pemimpin ini ada satu ciri yang sama, kedua-duanya pemimpin Umno di negeri Selangor.

"Yang kedua, dua-dua pemimpin ini rakus tetapi perbezaan antara Noh Omar dan Khir Toyo, Khir Toyo nampak tak segarang Noh Omar.
"Dia tidak gengster (seperti Noh Omar)", kata Ng dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Ng
merupakan pemimpin DAP yang bertanggungjawab mendedahkan isu melibatkan
sebuah rumah milik Khir Toyo sehingga membawa kepada pendakwaan
terhadap ADUN Sungai Panjang itu di mahkamah.
Khir Toyo
kemudiannya didapati bersalah menggunakan kedudukannya selaku menteri
besar untuk membeli rumah dan tanah itu pada harga yang jauh lebih
rendah daripada harga pasaran.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun dan kini dalam proses merayu hukuman itu.
Selepas Khir, Ng kini dalam proses mendedahkan satu urusniaga tanah yang dikaitkannya dengan Noh Omar.
Projek udang
Noh
bagaimana pun menafikan dakwaan Ng dan menjelaskan beliau hanya
terlibat sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanah kepada syarikat
ternakan udang.
Lanjutan dari pendedahannya, Ng kini berdepan dua saman fitnah bernilai RM10 juta setiap satu daripada Khir Toyo dan Noh Omar.

"Sekarang nilai saya di pasaran 20 juta," kata Ng yang kelihatan tidak terjejas dengan tindakan undang-undang itu.
"Racun
di tangan kananmu (Khir Toyo), dan racun juga di tangan kirimu (Noh
Omar). Bukan madu. Apa yang saya nak berikan padamu? Hanya racun
sahaja," kata Ng lagi sambil ketawa besar.
Bagaimana pun, Ng
berkata beliau masih lagi bertegur sapa dengan Khir Toyo dan berkunjung
ke majlis rumah terbuka hari rayanya selepas pendedahan itu.
Khir Toyo katanya berbeza sama sekali dengan Noh Omar yang diibaratkannya seperti "gengster".
"Selepas dedahkan rumah dia pun saya pergi ke rumah terbuka hari raya Khir di Simpang Lima.
"Dia pun layan saya dengan baik. Ini cara politik yang sihat.
Tetapi Noh Omar ini luar biasa. Rakus satu, ego, sombong, garang, ganas, gengster, samseng.
"Enam ciri-ciri dalam satulah. Bukan 3-dalam-1 tetapi 6-dalam-1," katanya lagi.
Secara
kebetulan pula, kata Ng, DUN Sekinchan terletak di antara kawasan DUN
Sungai Panjang Khir Toyo dan parlimen Tanjung Karang yang diwakili Noh
Omar.
Insiden makan malamMengulas
lanjut mengenai sikap Noh, Ng turut menceritakan kembali satu insiden
dalam satu majlis makan malam sempena Tahun Baru China pada awal tahun
ini yang turut dihadiri menteri tersebut.
Menurutnya, beliau
dijemput selaku ADUN Sekinchan dan diletakkan semeja bersama Noh Omar
yang turut sama diundang ke majlis anjuran persatuan nelayan di
Sekinchan itu.

Ng
mendakwa, Noh yang tiba lewat sejam daripada masa yang sepatutnya terus
meninggikan suara bertanya kepadanya jika Ng ada menerima satu "surat
saman" daripadanya.
Ng yang berang apabila disaman sedemikian
oleh Noh berkata beliau beliau kemudiannya mencabar menteri tersebut
untuk meneruskan tindakan undang-undang itu.
Namun, mereka berdua mengalihkan tumpuan dengan membelek-belek telefon masing-masing untuk meredakan keadaan.
Ng turut mengimbau kembali insiden hitam apabila dipukul kira-kira 30 orang lelaki yang didakwa diketuai seorang pegawai Noh.
Ng kemudian dimasukkan ke hospital selama dua hari susulan kejadian 4 November 2010 itu.
Noh
dalam maklum balasnya mendakwa Ng cuba melakukan demonstrasi haram di
kawasan itu dan layanan yang beliau terima daripada penduduk setempat
itu adalah setimpal dengan perbuatannya.
"Sebagai menteri kalau ada ADUN pembangkang atau siapa-siapa kena pukul kita wajar nyatakan simpati dan kita minta polis siasat.
"Jadi
saya labelkan Noh Omar ini menteri samseng. Bermula dari situ dan
sekarang ini saya target dia sebagai antara sasaran utama saya,"
katanya.
Masalah industri pertanianNg turut mengkritik Noh yng didakwa mengabaikan industri perikanan dan beras yang merupakan nadi ekonomi Sekinchan.
"Masalah harga padi ia dimonopoli syarikat Bernas (Padi Beras Nasional).
"Sekarang
dia dimiliki Syed Mokhtar Albukhary. Maknanya apabila wujud monopoli,
petani nak jual padi atau beras mereka kepada orang-orang luar dari
Kedah ada sekatan, ada kekangan, ada halangan.

"Harga beras tidak dapat dilonjakkan," kata Ng.
Menurutnya
lagi, nelayan pengusaha bot dengan permit B di Sekinchan juga
menghadapi masalah menggaji pekerja apabila orang tempatan tidak
berminat untuk melakukan tugas itu.
"Mereka tidak dibenarkan Jabatan Perikanan mengupah pekerja asing.
"Situasi pada masa itu rakyat tempatan tidak berminat dengan industri perikanan maka dengan itu kekurangan tenaga kerja.
"Bagaimana bot permit B ini hendak meneruskan perniagaan mereka kalau tiada pekerja," katanya.
Di
akhir wawancara, Ng berikrar akan memberikan saingan sengit kepada Noh
Omar dan BN dalam pilihan raya akan datang bagi kawasan Sekinchan dan
sekitarnya.
"Pilihan raya akan datang, Parlimen Sungai Besar kita akan lawan.
"Tanjung Karang saya yakin (kita boleh menang) 51-49.
"Noh Omar walaupun dia kuat, di depan saya yakin Pakatan Rakyat mengekori sedikit sahaja lagi di belakang.
"Memang sukar walau berapa banyak billboard sekali pun Noh Omar dirikan kita akan lawan," kata Ng.
http://www.malaysiakini.com/news/207119