Oleh Anwar Ibrahim
UNTUK EDARAN SEGERA
25 OGOS 2012
HUDUD DAN KETERDESAKAN POLITIK UMNO
Percubaan terkini UMNO menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti yang dipaparkan menerusi permainan isu Hudud dan Negara Islam di dalam media-media kawalan UMNO sekali lagi membuktikan gejala politik melulu yang membudaya di kalangan mereka. Percubaan keji bersifat ugutan dan hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Tidak
 kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO, 
kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang 
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama 
Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain 
untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai 
bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda 
pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak 
istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang 
dilindungi oleh Perlembagaan.
Dasar
 bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan 
rasmi kami tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus kami. Marilah kita 
mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan. Kita seharusnya perlu 
terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan 
rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang 
semakin membebankan rakyat.
Berkaitan
 persoalan Shariah, Hudud dan Negara Islam, kami mengiktiraf serta 
menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam
 Pakatan Rakyat. Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan 
konsensus politik. Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran 
dan Sunnah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip Shariah. Saya 
percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir 
urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi.
Dalam
 hal ini, Pakatan Rakyat akan kekal berpandukan prinsip-prinsip 
berteraskan keadilan sejagat, tadbir urus yang baik, 
kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberdayaan dalam usaha memberikan 
yang terbaik buat rakyat.
Kita
 tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan 
oleh UMNO-BN. Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap 
kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan 
mereka sendiri.
ANWAR IBRAHIM
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=16132 
 
 


 
 
 
 
 
 
0 comments