Tan Sri Kadir Akui Kerajaan Pusat ‘Menyeksa’ Kerajaan PAS Terengganu


KEMAMAN – Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Andul Kadir Sheikh Fadzir mengakui kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno menyeksa kerajaan PAS, kususnya kerajaan Terengganu ketika PAS memerintah pada tahun 1999 hingga 2004.

Menurutnya, antara penganiyaan yang didedahkan oleh beliau adalah, kerajaan pusat melambat-lambatkan pembayaran per-kapita dan juga merompak wang royalti Petroleum Terengganu.

“ada dua pendapatan dari Kuala Lumpur (kerajaan pusat), yang pertama pendapatan perkapita, (yang kedua) hasil 5% royalt gas dan mintak Terengganu, 

“kedua-dua (pendapatan) ini mereka permainkan, sepatutnya pembayaran perkapita dibayar pada bulan Januari (awal tahun) tetapi kerana nak seksa kerajaan ini (PAS) dibayar pada bulan Oktober,

“minyak 5% hak kerajaan negeri bila menang PAS (di Terengganu) dia terus hentikan, ini memang mereka main-main macam budak-budak,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kemaman yang diadakan di perkarangan pejabatnya di sini, pada petang Jumaat 4 Mei.

Beliau yang menjadi Menteri ketika itu mempertikaikan tindakan kerajaan pusat tersebut yang melanggar perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Beliau menempelak tindakan kerajaan pusat kerana katanya negeri-negeri sebagai anggota persekutuan mempunyai hak sebagaimana yang telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu dalam perlembagaan. 

Menurutnya, perangai buruk pemimpin Umno yang mengambil tindakan diluar perikemanusiaan itu menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri.

“Saya dalam jamaah Menteri, saya dengar cerita (tindakan pemimpin Umno Pusat) macam budak-budak, buat salah secara terang-terangan, curi terang-terang, 

“mentadbir negara sebagai ‘samseng’ tak peduli negeri-negeri sekarang boikot Kelantan, boikot Kedah negeri-negeri Melayu,”tegasnya.

Katanya, rakyat tidak boleh memaafkan penyelwengan dan dosa-dosa besar yang dilakukan oleh pemimpin Umno.

Justeru beliau menyeru supaya rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum  yang akan datang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Penolong Setiausaha PAS Terengganu merangkap Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, Yang DiPertua PAS Kemaman Ismail (Abang Weil), Setiausahanya Ustaz Alias Abd Hamid


Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...