KEMAMAN: Gelombang PAS Ganti UMNO (PGU) yang digerakkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu berjaya mengumpulkan ratusan ribu rakyat dalam tiga perhimpunannya yang bermula di Zon Selatan (Kemaman dan Dungun), Zon Utara (Besut dan Setiu) serta Zon Tengah (Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus).
PGU Pertama di Dataran Tok Guru Geliga, Kemaman dilancarkan pada 14 dan 15 Januari 2011, PGU di Dataran PGU Jertih, Besut pula ‘meletup’ pada 18 dan 19 Mac 2011 dan PGU100K di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu pada 14 dan 15 Oktober 2011.
Namun begitu, perhimpunan besar yang diadakan di Kampung Baung, Kuala Berang Hulu Terengganu tidak dinamakan PGU tetapi dikenali sebagai sambutan 100 Tahun ‘Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk’.
Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh beberapa pihak termasuk PAS mendapati kesemua perhimpunan besar yang rancang itu mendapat sambutan serta sokongan rakyat di semua peringkat akar umbi.
Namun begitu, perhimpunan besar yang diadakan di Kampung Baung, Kuala Berang Hulu Terengganu tidak dinamakan PGU tetapi dikenali sebagai sambutan 100 Tahun ‘Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk’.
Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh beberapa pihak termasuk PAS mendapati kesemua perhimpunan besar yang rancang itu mendapat sambutan serta sokongan rakyat di semua peringkat akar umbi.
UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu semakin tertekan di negeri ini apabila dipercayai hilang sokongan rakyat dan pengaruh UMNO-BN terhakis.
UMNO-BN bukan sahaja hilang pengaruhnya ditambah pula dengan masalah ‘dalaman’ mereka dalam kelompok serta team politik yang banyak antara ‘Team AS’ (Ahmad Said) dengan ‘Team IJ’ (Idris Jusoh).
Sebab itu, UMNO-BN Terengganu dan UMNO-BN Malaysia tidak berani mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hingga ke saat ini.
Sehubungan itu, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai kini cukup kreatif serta komited mahu melihat “PAS Ganti UMNO” meski setelah selesai satu pusingan PGU di negeri ini.
Maka, diadakan pula satu perhimpunan lain yang dijangka lebih besar, lebih hebat dan lebih berprestej dinamakan “Himpunan Tolak UMNO” di Dataran Tok Guru, Geliga Besar, Chukai, Kemaman.
Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata tiga siri program PGU yang bermula di Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu telah berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat Terengganu.
“Ia bermula dengan program PAS Ganti Umno (PGU) yang di lancarkan di Kemaman (15 Januari) tahun 2011 lepas telah menghasilkan satu ‘gelombang’.
“Seluruh rakyat pelbagai lapisan memberikan sokongan terbuka kepada perjuangan PAS. PGU di kawasan Besut berjaya menghimpunkan lebih 50,000 rakyat dan kemuncak di Kuala Terengganu melepasi sasaran 100,000 orang,” ujarnya.
Menurutnya, sumber risikan memaklumkan aura kejayaan penganjuran himpunan PGU di negeri ini bakal menjatuhkan kerajaan UMNO-BN Terengganu.
“Hasil kejayaan itu (PGU), (laporan) agensi risikan kerajaan (UMNO-BN) melihat, gelombang inilah akan menjatuhkan UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.
“Mengambil kesempatan (manfaat) dari gelombang yang sedang berlaku ini, PAS DUN Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga DUN Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya.
“Bagi menyatakan, inilah masanya untuk kita (rakyat) berhimpun untuk menolak UMNO dan Barisan Nasional,” tegasnya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin agenda ‘Himpunan Tolak UMNO’ (HTU) di DUN Chukai ini akan ‘merebak’ ke kawasan-kawasan lain di seluruh negeri.
Menurutnya, program HTU tersebut bagi menghimpunkan warga DUN Chukai khususnya dalam satu agenda besar sebelum tiba pilihan raya.
Katanya, berdasarkan persekitaran dan suasana politik masa kini semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.
“Ya, Saya cukup yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti.
“Mereka (rakyat) akan memberikan kerjasama bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga,” tegasnya.
Katanya, program HTU diadakan selama empat hari dan empat malam penuh dengan pengisian untuk rakyat di semua peringkat umur dan jantina.
Antaranya, program Bicara Santai bersama Bob Lokman dan Kuliah Maghrib di Kampung Paya Berenjut.
Pada sebelah malamnya, Ceramah Pembukaan HTU yang menampilkan aktivis SAMM, Che’gu Bard, pendakwah bebas, Bob Lokman, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran dan Timbalan YDP Kemaman, Ustaz Nik Nasri.
Hari dua, 2 Mac 2012 pula dimulakan dengan Karnival Jualan dengan disertai hampir 180 gerai peniagaan. Pertandingan Bola Futsal yang disertai 32 pasukan bermain secara liga dan pertandingan gasing oleh 10 pasukan dengan 30 pemainnya.
Program Muslimat bersama Ustaz Yusuf Embong diadakan selepas Jumaat dalam suasana hujan serta cuaca tidak menentu. Namun, sambutan tetap meriah di kalangan rakyat dan penduduk setempat.
Ceramah Perasmian HTU diadakan pada malam tersebut yang menampilkan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Naib Pengerusi PKR Pusat,Chua Jui Meng, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan YDP Kemaman, Ismail Harun.
Pada hari ketiga (Sabtu) 3 Mac 2012, diisi dengan karnival, bola sepak, pertandingan mewarna KAFA dan Pasti, Santai Halwa dan Ameerah bersama Imam Muda, Fakhrul Rozi Husain dan Zahroni.
Malamnya, diadakan Hiburan Alternatif bersama bekas artis dangdut, Iwan Shahman (Iwan Dangdut), kumpulan Dikir Barat oleh Megat Nordin, Jen Endoro, Shoutul Amal dan lain-lain lagi.
Dan pada hari keempat pula, dimulakan dengan aktiviti Kayuh Fixei, Karnival Jualaan, Cabutan Bertuah, Sukan Rakyat, Jamuan Rakyat, Sumbangan Fakir Miskin dan Ceramah Perdana.
Difahamkan, sebanyak 50 buah basikal Fixei dijual dengan harga runtuh dan 3 buah dijadikan hadiah cabutan bertuah di Gerai Kebajikan PAS DUN Chukai.
Ceramah Perdana dibarisi ahli pemidato terkenal seperti Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PKR dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat.
Hanafiah mendakwa penyertaan orang ramai ke program HTU disertai oleh penyokong UMNO-BN setempat dalam beberapa aktiviti.
0 comments