PAS Gesa ‘Ketua Parasit Malaysia’ letak Jawatan Sebagai Wakil Rakyat.

KEMAMAN – Semalam 25 Februari, pada waktu yang sama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan Majlis Bersama Penurun Bendera Najib Adam Adli di Kampung Dusun Nyior Chukai dekat sini, Umno Bahagian Kemaman turut mengadakan satu ceramah di Padang Astaka.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat menyifatkan Umno Terengganu penakut untuk berhadapan dengan PAS kerana menggunakan individu yang telah dipecat dari PAS untuk berceramah.

“Umno parti yang sangat penakut maka (kerana) malam ini Umno mempergunakan manusia yang telah dipecat oleh PAS, (yang) merupakan ‘Ketua Parasit’ Malaysia (yang) diundang (berceramah) di Padang Astaka untuk menyatakan sesuatu,”ujarnya.

[Gambar - Adam Adli sedang berucap dalam Majlis bersama Mahasiswa anjuran NGO Waris, paling kanan adalah haji Hanafiah Mat]

Menurut Hanafiah beliau telah mendapat maklumat sebenarnya program tersebut bukanlah dianjurkan oleh beberapa NGO sebagaimana di dakwa.

Beliau berkata, ceramah ‘Ketua Parasit Malaysia’ itu bukanlah dianjurkan oleh Pekida tetapi oleh Umno Kemaman melalui Setiausaha Bahagiannya.

Beliau berkata, jelaslah kini bahawa hidup Ketua Parasit Malaysia itu bergantung kepada Umno dan Barisan Nasional.

Oleh itu, beliau menggesa Ketua Parasit itu meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat yang ditandinginya atas tiket PAS.

“kalau sebegitu rupa, mala mini saya menyarankan kepada Ketua Parasit, walaupun dulu (beliau) seorang kawan sya, teman saya dan teman-teman rapat seluruh saudara saudari sekelian,

“kalau betul kamu bersama-sama dengan Umno maka lebih baik kamu letak jawatan (sebagai waki rakyat),”tegasnya.

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...