~: USRAH UNTUK MENGIKAT HATI MANUSIA :~

Apakah matlamat usrah sebenarnya dan bagaimanakah usrah perlu dilaksanakan bagi mengikat hati-hati manusia di setiap peringkat bukan kepada kumpulan tertentu sahaja. Mungkin di kalangan kita hebat berusrah sehingga melupakan mereka yang tidak memahami atau tidakfaham langsung dengan istilah ‘USRAH’. Maka ini perlu difikirkan bersama oleh setiap individu yang biasa dengan usrah. Lajnah tarbiyyah perlu mengkaji sedalam-dalamnya berkenaan usrah agar individu yang bersedia untuk berjuang dapat dilaksanakan.

Kadang-kadang mereka inginkan Tarbiyyah dan pengisian yang baik dan tidak membosankan dan kadang-kadang terdapat anak muda yang tidak suka dengan pengisian sepanjang masa. Mereka inginkan pembaharuan dan method yang sesuai mesti digunakan. Oleh sebab itu, memahami individu sangat penting dalam proses Tarbiyyah dan sifat-sifat Murabbi perlu bagi mendidik orang lain.

Kalau dilihat sirah Nabawiyyah, orang yang bersama dengan USRAH NABI terutamanya sewaktu berada di Mekah yang dilaksanakan di rumah Al-Arqam merupakan individu yang telah bersedia dengan perjuangan baginda. Lalu mereka ditarbiyyah oleh Nabi melalui usrah yang diadakan sebagai satu medan dakwah dan medan tarbiyyah secara langsung oleh baginda.

Justeru, diperingkat pemuda terutama Pemuda Pas Dun Chukai perlu kepada gerakan Tarbiyyah yang berkesan. Berkesan dalam erti kata memberi kesan kepada segenap penjuru manusia bukan sahaja berpusing dikalangan golongan tertentu.

Kita mengambil hadis Nabi yang menceritakan mahalnya harga bagi mereka yang mampu menarik manusia walaupun seorang. Oleh sebab itu, bukan sahaja menjadi peranan lajnah tarbiyyah termasuklah setiap individu yang telah dikurniakan hidayah oleh Allah supaya memikirkan mereka yang terpinga-pinga di luar sana.


Masing-masing sepatutnya memikirkan untuk menarik manusia walaupun seorang untuk mentarbiyyah mereka dan kita mesti sedar kita bukan yang terbaik. Mungkin mereka yang ditarbiyyah boleh menjadi lebih baik daripada kita dan perjuangan mereka membawa ganjaran yang bermakna kepada kita terutama di sisi Allah. Pahala kebaikan yang mereka lakukan sampai juga kepada kita yang bersusah payah mencari manusia untuk menjual diri mereka kepada Allah.

Firman Allah : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (al-taubah,111).


Memang tidak dinafikan, untuk mencari penolong-penolong agama Allah bukan sesuatu yang mudah. Dinyatakan di dalam al-Quran melalui Firmannya: “Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.” (as-saf,14)

Ayat tersebut menyatakan pengharapan Nabi untuk mendapatkan hawariyyun iaitu penolong bagi agama Allah. Kita perlu sedar bahawa pengikut nabi isa hanyalah 12 orang, bukan suatu bilangan yang besar. Ini menunjukkan mereka yang terlibat dengan Tarbiyyah dan mendidik manusia memegang satu tanggungjawab dan amanah yang besar yang perlu dilaksanakan. Allah tidak memandang kepada kejayaan tetapi kepada usaha yang dilakukan. Persoalanya apakah usaha yang telah dilakukan dan adakah itu sudah mencukupi???

Sebagai individu yang telah bersedia untuk memperjuangkan islam perlu muhasabah dan berusaha untuk melahirkan pengganti atau penyambung kepada perjuangan ini. Semoga ianya memberi kebaikan kepada Jamaah dan organisasi yang telah terbina ini.


Tags: , ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...