~ :DEMONSTRASI DALAM ISLAM :~

Demonstrasi yang merujuk kepada Tunjuk Perasaan di kalangan kita sering membimbangkan kerajaan. Apakah ianya tidak wujud di dalam Islam dan tidak wujud perkara ini di zaman Rasulullah???

Ketahuilah manusia mempunyai perasaan dan naluri masing-masing yang boleh menzahirkan sesuatu tindakan. Bahkan tindakan yang amat penting di ambil ialah tindakan dalam mencegah perkara mungkar yang berlaku di kalangan masyarakat akibat tangan-tangan pemerintah.

Walaubagaimanapun, niat merupakan perkara utama dalam mengadakan demonstrasi. Demonstrasi aman yang diadakan yang tidak merosakkan harta benda awam dan mencederakan orang ramai dan dengan bertujuan mencegah kemungkaran yang ada amatlah dituntut bahkan menjadi wajib dalam keadaan tertentu.

Firman Allah : “Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah karena mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal saleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik,”

“dan mereka tiada menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak melintasi suatu lembah, melainkan dituliskan bagi mereka (amal saleh pula) karena Allah akan memberi balasan kepada mereka yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (al-taubah, 120-121)

Dalam surah ini banyak menceritakan soal peperangan dan perjuangan Rasulullah S.A.W termasuk mengisahkan sahabat-sahabat yang tidak turut serta dalam peperangan seperti Kaab Bin Malik yang ditegur khusus daripada Allah.

Sebagai contoh dalam peperangan Tabuk, meskipun peperangan tidak berlaku Nabi dan Sahabat pergi ke Tabuk dan kaab bin malik tidak turut serta sehingga dipulau oleh Nabi dan para sahabat selama 40 hari dan ditambah 10 hari mencukupkan 50 hari 50 malam. Peperangan Tabuk ini ibarat demonstrasi yang diadakan oleh Baginda yang menggerunkan musuh sehingga tidak terjadi peperangan kerana musuh meninggalkan medan perang.

Mengikut hadis baginda S.A.W : “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka rubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lisannya, dan jika tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman"(HR Muslim)

Hadis di atas jelas kepada kita tindakan yang perlu diambil oleh setiap mereka yang beriman. Tidak terkecuali seorang pun dalam perkara mencegah kemungkaran menunjukkan pencegahan ini amat besar disisi Islam dan Nabi bersabda “Jihad paling afdal ialah menyatakan yang adil kepada pemerintah yang zalim”.

Hadis berikut menyatakan soal selemah-lemah iman yang menjadi pilihan kepada orang Islam untuk mencegah kemungkaran yang terjadi di dalam masyarakat atau dalam sesebuah Negara iaitu mengubah dengan hati kita. Bagaimana? Ramai yang mentafsirkan hadis ini membenci di dalam hati padahal tidak cukup dengan itu. Nabi menyebut “Falyughayyir” maknanya “merubah” dan menunjukkan fiil amar(suruhan Nabi) kepada umatnya.

Demonstrasi yang diadakan demi perjuangan ini dibenarkan bahkan menjadi wajib. Nabi S.A.W juga mengadakan demonstrasi ketika ingin melawat dan mengerjakan umrah tetapi disekat di Hudaibiyyah. Nabi dan sahabat keluar beramai-ramai ingin menunjukkan perasaan mereka yang cintakan tanah air di Mekah dan ingin melawat mekah tetapi disekat, tetapi pada waktu itu tidak ada gas Pemedih Mata dan lain-lain seperti yang digunakan sekarang.

Kalau sekarang demonstrasi menghantar memorandum, di zaman Nabi juga wujudnya utusan yang melaksanakan 1 perjanjian yang tidak asing dalam Islam iaitu perjanjian Hudaibiyyah. Nabi menerima perjanjian yang dibuat walaupun dilihat berat sebelah oleh para sabahat. Kebijaksanaan rasulullah berpolitik menyebabkan beliau menerima perjanjian tersebut.

Dalam feqah islam pula menyatakan, “maa laa yatimmul waajib, illaa bihii fahuwa waajib” maksudnya “tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”. Mengambil wudhuk adalah sunat tetapi menjadi wajib jika kita ingin menunaikan solat. Begitu juga demonstrasi, jika teguran tidak dilayan oleh pihak yang bertangungjawab maka mengadakan demonstrasi adalah wajib.

Oleh sebab itu, perlu kita fahami islam dalam melaksanakan sesuatu agar tidak terpengaruh dengan fahaman tertentu dengan menafikan demonstrasi yang diadakan boleh mencetuskan huru-hara dan sebagainya. Ianya perlu dikawal oleh pihak tertentu dan bukanya diHaramkan.


Tags: , ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...