KEMASIK 7 Oktober - Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman bermula hari ini dengan pelbagai gerai dan pameran dan program Ceramah Pentas Pemuda pada sebelah malam.
Program yang berlangsung di perkarangan Surau Feri Kemasik tersebut dijadualkan berakhir Sabtu ini.Program Pentas Pemuda menampilkan tokoh-tokoh muda Pakatan Rakyat iaitu Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi,Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Azman Shapawi dan AJK Angkatan Muda Keadilan Pusat Cikgu Badrul Hisham Shaharin.
Majlis di pengerusikan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim,Timbalan Ketua Pemuda Pas Kemaman.Ustaz Azman menyorot sejarah perjuangan PAS yang dimulakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.Ianya menyaksikan rintangan dan tribulasi yang hebat melibatkan tahanan ISA dan juga syahidnya Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya di Memali pada tahun 1985.
Cikgu Bard pula memulakan ceramah beliau dengan menyebut tentang isu keselamatan negara yang kian tergugat.Beliau membawa statistik terkini kadar jenayah dalam negara yang membimbangkan.Beliau juga dengan lantang menyelar pihak yang mendakwa kekecohan dalam PKR.Pemainan media UMNO yang cuba mengalih tumpuan kepada isu-isu kritikal yang melibatkan UMNO sendiri.Rakyat kian sedar bahawa UMNO adalah punca kepada terhakisnya kekuatan orang Melayu termasuklah mempelopori pusat-pusat judi dan arak di Malaysia semenjak merdeka.
Ustaz Nasarudin meneruskan ceramah dengan taujihad agar pemuda-pemuda Islam terus istiqamah dengan perjuangan Islam dan bekerja lebih keras untuk menegakkan Islam.Sirah perjuangan nabi-nabi menjadi sandaran bahawa perjuangan Islam ini bukanlah diperolehi dengan cara yang mudah dan berpeluk tubuh sahaja.
Majlis berakhir dengan pengerusi majlis menyeru semua pemuda Kemaman untuk bangkit mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran mendatang seperti Pilihanraya Kecil Galas dan Pilihanraya Umum itu sendiri-dppkk
0 comments