KEMAMAN – Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman pada 7, 8 dan 9 Oktober merupakan sebahagian persiapan PAS menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang tempoh perayaan tersebut bermula dengan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib pada jam 10.00 pagi Jumaat, 8 Oktober.
Beliau melahirkan rasa sukacita kerana sambutan ulangtahun ke-50 penubuhan PAS Kemaman (1960-2010) tersebut sebagai suatu langkah deras (jump-start) menggerakkan jentera pilihanraya PAS.
“Saya rasa cukup gembira dan bertuah kerana masih berkesempatan merayakan sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman yang genap usia 50 tahun.
“Perayaan (Jubli Emas) ini juga sebagai persiapan kita (PAS) untuk menghadapi pilihan raya (PRU) ke-13 akan datang.
“Saya yakin dengan jentera kita (PAS) yang ada ini mampu menghadapi pilihan raya dan mencapai kemenangan, Insya’Allah,” ujarnya.
Menurutnya, antara aktiviti diadakan sepanjang tempoh perayaan itu adalah ceramah perdana, ekspo, pameran, larian jubli emas, sukan rakyat dan futsal.
“Ceramah Perdana I akan diadakan pada 7 Oktober dengan penceramah terdiri daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani dan Exco Angkatan Muda KeADILan (AMK), Badrul Hisham (Cikgu Bad),
“Ceramah Perdana II pula akan disertai oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada 8 Oktober jam 9.00 malam,”jelasnya.
Manakala, katanya, Ceramah Perdana Mega menjadi acara kemuncak diadakan pada 9 Oktober 2010 oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan wakil Kelantan.

Sumber: Buletin Online
0 comments