Ceramah Umum dan Malam Anugerah Jasamu Dikenang


KEMASIK, 9 Oct - Sambutan Jubli Emas kawasan Kemaman diteruskan malam tadi dengan program ceramah umum dan anugerah jasamu dikenang kepada aktivis-aktivis dan pejuang yang pernah menyumbangkan khidmat kepada PAS Kawasan Kemaman.

Ceramah umum menampilkan Presiden PAS Datuk Seri Tuanguru Hj Abdul Hadi Awang,Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali,Setiausaha Agung Saudara Saifuddin Nasution dan Saudara Subki Latif selaku undangan khas bagi pengkisahan PAS Kemaman.

Cikgu Pa memulakan ceramah dengan menjelaskan situasi semasa poltik negeri Terengganu.Beliau menegaskan UMNO Terengganu dalam keadaan yang tidak bersatu melibatkan team Idris Jusoh dan Mat Said.Implikasinya melibatkan projek-projek pembangunan masih lagi tidak menjurus kepada pembasmian kemiskinan.

Saudara Saifuddin Nasution menjelaskan beberapa isu terkini seperti pemilihan parti PKR,Isu judi,YB DAP masuk surau dan juga penyelewengan UMNO BN.

Sebelum berucap Tuanguru meluangkan masa untuk menyampaikan hadiah penghargaan dan sijil kepada petugas-petugas PAS yang pernah berkhidmat dengan PAS Kawasan Kemaman.

Akhirnya Tuanguru Datuk Hj Abdul Hadi Awang mengingatkan hadirin tentang amanah dan kewajipan meneruskan perjuangan Islam sehingga tertegaknya hukum Allah s.w.t

Majlis berakhir jam 12.00 malam


Sumber: dppkk.org
Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...