Rundingan PKR-SNAP di ambang kegagalan?

Rundingan untuk mewujudkan pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak tampaknya kini di ambang kegagalan dengan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyuarakan kekecewaannya terhadap tawaran empat kerusi yang dibuat oleh PKR.

SNAP sebaliknya, mahu diperuntukkan paling kurang 27 kerusi.

azlanParti itu memang menyokong penubuhan pakatan pembangkang
menjelang pilihan raya negeri Sarawak, kata pengarah operasi SNAP, Paul Kadang.

Bagaimanapun, tambahnya, kemungkinan mewujudkan pakatan tersebut nampaknya semakin merosot.

Dalam satu kenyataannya, Kadang menyalah PKR atas kegagalan mencapai persetujuan berhubung peruntukan kerusi, termasuk membabitkan tuntutan kerusi bertindih.

"SNAP enggan dipinggirkan dan bagi mempertegaskan keseriusan dan kemampuannya, ia telah mengisytiharkan secara terbuka 16 calonnya
di 16 kawasan," katanya.

Kadang berkata, PKR yang terkejut dengan tindakan tersebut, datang balik untuk 'menawarkan' empat kerusi, dan bukan lagi tiga kerusi.

Dalam tindak balasnya terhadap 'penghinaan' tersebut, tegasnya, SNAP mengumumkan 11 lagi calon untuk 11 lagi kerusi.

Sumber:Malaysiakini

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...