KEPENTINGAN USRAH DALAM PERJUANGAN

Assalaamua’laikum…

Kami selaku Pemuda Pas Dun Chukai(PPDC) amat tertarik dengan tajuk Kepentingan Usrah Dalam Perjuangan. Mengapa Usrah dianggap Penting? Tidakkah Politik lebih penting? Apa guna Usrah dan kemudian tidak berpolitik?

Usrah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud keluarga. Usrah adalah suatu istilah yang digunakan oleh golongan agamawan dan dalam konteks tarbiyyah merupakan agenda yang amat penting untuk dilaksanakan. Alhamdulillah, PPDC masih istiqamah menjayakan agenda ini demi perjuangan walaupun ianya suatu kerja yang amat sukar kerana sesetengah golongan muda tidak memahami dan tidak berminat dengan program usrah yang diadakan.

Usrah merupakan tunjang kepada Tarbiyyah insan bagi melahirkan individu yang mempunyai rasa cinta terhadap islam dan akhirnya berjuang dalam menegakkan Islam sehingga sanggup berkorban dan meninggalkan kepentingan duniawi mereka. Sesungguhnya Usrah perlulah dijayakan disetiap peringkat samada di peringkat pimpinan mahupun ahli terutama peringkat pemuda yg merupakan pelapis kepada Gerakan Islam.

Usrah bukanlah suatu yang sukar untuk difahami. Ia merupakan perbincangan dalam kumpulan yang berbincang perkara yang berkait dengan ilmu agama yang dapat melahirkan Islah atau dapat memupuk suatu yang baik bagi setiap individu. Bagi pemuda hari ini mungkin tidak berapa suka dengan perbincangan agama yang terlalu formal. Oleh sebab itu, PPDC mengambil inisiatif dalam menjayakan agenda Usrah Pemuda Pas Dun Chukai(PPDC). Kami mempelbagaikan teknik usrah termasuk usrah indoor dan outdoor.

Usrah indoor lebih kepada tarbiyyah dan perbincangan ilmu sebagai persiapan dalam perjuangan menegakkan Islam. Oleh kerana Islam tidak melarang untuk kita berhibur dan bersuka ria, kami juga melaksanakan usrah outdoor seperti Bowling dan sebagainya untuk Pemuda Dun Chukai. Oleh itu, kami mengajak pemuda-pemuda untuk bersama dengan kami dalam satu bahtera yang belayar untuk menuju ke destinasi yang jauh.

Rasulullah mengingatkan kita bahwa “kambing yang terpisah daripada ibunya sangat senang untuk dibaham serigala”. Bukanlah maksud Nabi untuk mengatakan kita kambing tetapi perumpamaan bahawa kita adalah lemah dan amat senang dipermainkan oleh musuh dan musuh yang nyata adalah syaitan. Allah sebut dalam quran “ Innahu lakum a’duwwum mubiin” ~ sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

Oleh yang demikian, sehebat mana pun kita, samada yang telah berada dalam perjuangan islam atau yang masih berada diluar perlulah kepada Usrah yang diajar oleh Nabi S.A.W. Amatlah berbeza usrah dan kuliah yang perlu kita fahami. Kita mungkin boleh mendapat ilmu daripada kuliah tetapi kuliah hanya menjadikan kita pendengar dan tidak menggerakkan otak kita untuk berbincang. Usrah bukan sahaja medan perbincangan ilmu bahkan menggerakkan otak kita dan merapatkan perhubungan antara satu sama lain di antara ahli-ahli usrah.

Usrah mengajar kita untuk melaksanakan apa yang diucap dan dibincangkan. Maka, proses ini amat wajar bagi sebuah gerakan islam untuk terus maju kehadapan. Tanpa usrah, sesebuah gerakan islam tidak mampu bergerak dengan lebih baik kerana mereka tidak dapat memahami antara satu sama lain yang menyebabkan lahir sifat-sifat mazmumah dan tidak menghiraukan orang lain.

Akhirnya, kami menyeru anak-anak muda agar dapat bersama-sama menjayakan agenda ini disegenap penjuru dan kawasan agar rahmat Allah turun disetiap tempat. Bagi mereka yang diberi pengetahuan dan kefahaman oleh Allah amatlah penting untuk menggerakkan Usrah di tempat masing-masing dan Allah mengetahui apa yang kita fikirkan dan laksanakan.

* Sesiapa yang berminat untuk mengikuti Program Usrah yang diadakan oleh PPDC setiap minggu boleh berhubung terus Pengarah PPDC 019-9857288 atau S/U PPDC 019-9847288 atau 014-5232526.

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...