 |
5:44PM Sep 7 2012 |
|
Untuk
pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa
menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak
menunjukkan punggung kepada gambar mereka.

Setakat
ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di
ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah
diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.
Bagaimanapun,
terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah
pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang
dilihat tergesa-gesa.
Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih
kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin
Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.
Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:
Lim Guan Eng
Ketua
Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam
tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak,
dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di
hadapan rumahnya.
Datuk Ambiga Sreenevasan
Bekas
presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi
sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui
protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.
Pada
April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia
(UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.
Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Terdapat
juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam
menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas.
Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.
Lim Kit SiangGambar
pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama
pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam
'perhimpunan kepala lembu' didakwa.
http://www.malaysiakini.com/news/208271
Renungan
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.
0 comments