 |
- Koh Jun Lin
- 2:32PM Ogos 11 2012
|
|
Tidak
perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP
kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.
Bercakap
kepada pemberita hari ini, anggota parlimen Temerloh itu juga berkata,
jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh
menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.
Utusan Malaysia pada 8 Ogos melaporkan di muka depan, seorang guru pondok berpendapat haram bagi umat Islam menyokong DAP.
Pengasas
pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah dilaporkan berkata, ini kerana
DAP secara terang menentang negara Islam dan pelaksanaan hudud.
Beliau
bagaimanapun menyifatkan MCA yang lantang menentang hukum itu "bukan
kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan
umatnya."
http://www.malaysiakini.com/news/206064
Renungan
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.
0 comments