27 Ramashan 1433H- Munkin sekarag ramai yg beriktikaf di surau-surau,
masjid-masjid atau meneruskan ibadat dirumah masing-masing. Alhmdulillah, ramai
yg terkesan dengan manfaatnya 10 malam terakhir Ramadhan.
Tapi, bagi kami selaku
Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Chukai, meneruskan agihan-agihan bekalan makanan
kepada penduduk sekitar yang tidak berkemampuan. Semoga dengan sedikit bantuan
ini dapat mengembirakan mereka untuk mnyambut Aidilfitri 3 hari lagi.
Perjalanan diteruskan pada jam 10.30 mlm selepas selesai solat tarawikh.
Bertemankan AJK Cawangan Kg Banggul Kiri, setiap ceruk rumah fakir miskin
diziarahi dan dihulurkan bantuan. Walaupun bantuan yang tidak seberapa ini
mereka dapat, namun reaksi cukup gembira tampak di wajah-wajah mereka.
Perjalanan malam ini sangat memberi kesan kepada semua. Dalam kawasan Chukai
yang boleh dikatakan maju ini, masih terselit ramai keluarga yang amat daif.
Rata-rata yg kami jumpai masih
tidak mendapat bantuan kerajaan secara tetap. Ada ibu tunggal yg terpaksa
berkerja siang dan malam semata-mata untuk mencari rezeki. Lebih meruntun hati
kami apabila ada keluarga yang tinggal dalam kegelapan semenjak 6 bulan lepas
kerana bil elektrik dipotong. Keadaan gelap gelita di pada waktu malam
merencatkan aktiviti pembelajaran anak-anak mereka selama ini dan sekarang
sudah berhenti belajar kerana bebanan keewangan.
Sayu hati kami melihat keadaan rumah dan kehidupan mereka
yang serba daif ini. Bantuan kami munkin tidak dpt mengubah secara total
kehidupan mereka, tapi InsyaAllah..kehadiran kami pada malam ini sangat2
memberi kesan kepada penduduk sekitar yang menjanjikan kebajikan rakyat akan
lebih terpelihara untuk masa hadapan.
Hj Hanafiah Mat
Pengarah PAS DUN Chukai
0 comments