Shahrizat Jalil di mahkamah dengan tudung gaya baru


SEMALAM kali pertama ReJaM© melihat Ketua Wanita Umno Malaysia, Shahrizat Jalil di mahkamah berhubung kesnya menyaman Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin kerana mendedahkan skandal lembu, NFC.

Beliau tampil dengan gaya tudung baru tidak seperti tudung yang biasa dipakainya seperti selendang sebelum ini. Bagaimanapun, "trade mark" jambul wanita Umno ala Rosmah Mansor masih dikekalkan.



Di ruang perbicaraan dalam mahkamah semalam penuh dengan gelak ketawa para hadirin yang geli hati dengan kenyataan-kenyataan dikeluarkan oleh Shahrizat.

Antaranya, menyebut bahawa beliau merasa terlalu terhina apabila digelarkan sebagai Cow Minister of the Year, selain itu beliau juga berasa malu apabila sering kali dipanggil sebagai Ketua Wanita Lembu.

Salah satu kenyataan yang membuatkan hadirin berderai dengan gelak ketawa yang tidak dapat dikawal apabila Sharizat menyebut "Wanita Umno terpalit dengan taik lembu".

ReJaM© sampai agak lewat, dan hanya sempat mengikuti sebahagian proses perbicaraan semalam. Perbicaraan akan disambung pada hari Jumaat.


ReJaM© "Nak layan lawak jenaka lembu? Datang Mahkamah Jalan Duta Jumaat ni "

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/08/shahrizat-jalil-di-mahkamah-dengan.html#ixzz22sfv21zP
Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...