July 27, 2012
PETALING JAYA, 27 Julai — PKR hari ini menegaskan harga pembuat kereta nasional tetap akan menjadi lebih murah berbanding pengeluar kereta import yang lain sekiranya cadangan memansuhkan duti eksais kereta dilaksanakan mereka.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli ketika sidang media hari ini berkata, “sekiranya kadar cukai dirombak, dan cukai eksais dimansuhkan, harga Proton dan Perodua akan kekal menjadi paling rendah dengan kadar purata di bawah RM30,000 sebuah.”
“Hampir semua kereta dijual Proton dan Perodua hari ini dikenakan cukai sehingga 85 peratus dalam bentuk duti eksais mahupun cukai jalan; sama dengan model kereta antarabangsa.
“Jika rombakan dibuat, harga Proton dan Perodua, termasuk pengeluar antarabangsa seperti Honda, Toyota dan senagainya akan turun secara berkadar dengan cukai dikenakan selama ini,” katanya lagi.
Jelas Rafizi, harga bagi kereta import pula akan berada di paras RM50,000 sebuah secara puratanya.
“Ini mengukuhkan pendirian PKR bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan kereta berada pada parasa munasabah dan adil kepada rakyat adalah penting untuk menambah 'pendapatan boleh guna' (disposible income) rakyat dan mengurangkan beban mereka,” tegasnya lagi.
Sebelum ini, Rafizi telah menyuarakan hasrat bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memansuhkan duti eksais kereta sekiranya pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
Cedangan itu telah menerima reaksi pelbagai pihak, termasuk daripada organisasi bukan kerajaan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang menegaskan, idea berkenaan bakal menjadikan harga kereta Proton akan setara dengan model luar dan Proton juga tidak akan mampu bersaing dengan model asing.
Kaji selidik baru-baru ini mendapati mereka yang berpendapatan isi rumah sekitar RM3,000 sebulan akan membelanjakan hampir 50 peratus pendapatan mereka untuk kereta.
Para penganalisis pula berpendapat, pemansuhan duti eksais kereta ini, yang dianggarkan bernilai 105 peratus. Akan membantu pembangunan ekonomi dengan merancakkan pendapatan boleh guna rakyat, dan mengurangkan bebanan hutang mereka.
Kadar cukai yang tinggi di Malaysia adalah kerana perlindungan diberikan kepada pembuat kereta nasional, Proton sejak 1984.
Rafizi juga turut menjelaskan, cadangan berkenaan pemansuhan duti eksais ini juga akan di bawa ke dalam manifeesto PR untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
“Mekanisme berkaitan perkara ini akan diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu hadapan, selepas beliau kembali daripada menunaikan Umrah,” tambah Rafizi lagi.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-proton-tetap-lebih-murah-walau-mansuh-duti-eksais-kata-rafizi/

0 comments