Dewan Pemuda PAS Malaysia meletakkan sasaran penyertaan ahli dan penyokong seramai mungkin bagi menyokong pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil - Bersih 3.0 mencapai sasaran penyertaan sermai 500,000 orang.
Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen untuk mengerahkan paling minima 10K anak muda dari setiap negeri untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April 2012 kelak.
Anak muda ini tidak semestinya dari ahli PAS sebaliknya dari pelbagai lapisan anak muda prihatin yang menyedari keperluan untuk bangkit melakukan perubahan memulih sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara.
Selama ini anak - anak muda memerhati kepincangan urus selia sistem pilihanraya melalui alam maya. Mereka berkumpul membentuk gelombang cyber. Jumlah mereka terlalu ramai. Saya harap kali ini mereka keluar dari gentian cyber untuk Duduk dan Bantah di Dermaga Pada iaitu di alam nyata dan tempatnya telah ditetapkan di Dataran Merdeka bukan lagi di Alam Maya.
Insyaallah DPP Negeri dan kawasan akan bantu membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang kita miliki. Kita juga akan bergandingan dengan Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy untuk memastikan sasaran dan objektif tercapai.
Duduk dan Bantah ini konsepnya aman. Ia suatu hak rakyat untuk lahirkan suara hati sekaligus menyentap perhatian pihak berwajib agar lakukan perubahan setelah mereka tetap berdegil sejak sekian lama meskipun pelbagai laporan, desakan dan tuntutan dibuat ke arah itu. 8 Tuntutan Bersih 2.0 masih tidak dihirau maka Bersih 3.0 adalah kelangsungannya.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
0 comments