Kosmo
KEMAMAN, 29 Mac 2012– Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai bersama uri, dalam sebuah beg pakaian di tapak pembuangan sampah, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Mak Chili, Jalan Ibok, dekat sini, lewat petang kelmarin.
(kedudukan beg plastik (dalam bulatan) berisi mayat seorang bayi yang dijumpai di tempat pelupusan sampah di Chukai, Kemaman kelmarin)
Beg berisi mayat bayi malang yang dipercayai baru dilahirkan itu, ditemui oleh seorang pemungut sampah kira-kira jam 5.50 petang.
Pemungut sampah terbabit yang pada mulanya menyangkakan beg tersebut mengandungi barang berharga, terkejut apabila melihat jasad bayi yang telah kaku dalam satu beg plastik berwarna oren bercampur hitam, yang diletakkan dalam beg pakaian berwarna merah dan kuning.
Penemuan menyayat hati itu kemudian diberitahu kepada rakannya yang bekerja di tapak pembuangan sampah itu sebelum dimaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi berkenaan cukup sifat dan berkulit cerah.
“Siasatan lanjut di tapak pembuangan sampah mendapati, mayat bayi dipercayai dibawa oleh lori sampah MPK yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut pada jam 3 petang,” katanya.
Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang, pagi semalam, untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sehubungan itu, Abdullah Sani meminta pihak hospital atau klinik swasta yang merawat pesakit mencurigakan seperti mempunyai tanda baru melahirkan anak, supaya menghubungi pegawai penyiasat kes tersebut yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kemaman,
Asisten Superintendan (ASP) Jamil Mohd Sahad, menerusi talian 014-8007222 bagi membantu siasatan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran dan pembuangan bayi ini juga diminta tampil memberi kerjasama kepada polis.
SinarHarian
KEMAMAN - Sekumpulan pekerja di Pusat Pelupusan Sampah Kampung Mak Chili, Chukai di sini kelmarin terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat di dalam plastik hitam yang dikerumuni sekumpulan anjing liar.
Mayat bayi itu pada mulanya ditemui oleh seorang pengangkut sampah yang hanya dikenali sebagai Umi Khaltom, 55, pada pukul 5.50 petang yang berasa curiga apabila melihat sebuah bungkusan plastik hitam yang dikerumuni anjing liar.
Panik dengan situasi itu, pekerja berkenaan yang pada mulanya menyangka ia adalah bangkai haiwan terkejut apabila mendapati ia merupakan mayat bayi lelaki cukup sifat berada dalam bungkusan surat khabar yang dimasukkan ke dalam plastik.
Difahamkan, mayat bayi malang itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih ada kesan darah ketika ditemui.
Admin: Apabila pihak pemerintah menggalakan aktiviti konsert dan program yang melalaikan remaja. Apabila ustaz bersuara, ada sahaja pihak yang menghentam dan memberi reaksi tidak baik kepada ustaz sehingga ada yang bertanya ustaz ini ada tauliah dah? Mengapa perkara ini berlaku dalam masyarakat Islam? Bagi saya kerana kita menolak hukum hakam Allah. Bala akan menimpa seluruhnya.
0 comments