Sambutan Ulangtahun Ke-60 PAS Malaysia Peringkat Kemaman

KEMAMAN - PAS Kawasan Kemaman akan merayakan Ulangtahun Penubuhan Ke-60 Parti Islam Semalaysia (PAS) pada 26hb - 28hb. Januari ini.
Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun (gambar), sambutan kali ini antara program terbesar PAS Kawasan Kemaman untuk tahun 2012 ini. 
Sambutan selama tiga hari tersebut akan diadakan di Dataran PASTI Adam, Mak Chili, Kemaman.

Pelbagai program telah disusun bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut. Haji Ismail seterusnya berkata, 'perasmian sambutan Insyaallah akan disempurnakan pada 26hb. Januari, Khamis jam 9.00 malam oleh Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dimana pada malam tersebut akan diadakan Ceramah Perdana 1 melibatkan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Dr Balasubramaniam.

'Pada 27hb. Januari, Jumaat akan diadakan Karnival Jualan & Pameran, Kuliah Dhuha oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah pada jam 9.30 pagi, Khutbah Khas Jumaat di Masjid Pasir Minal, Motivasi Muslimat bersama YB Dr Siti Mariah Mahmood pada petangnya dan sebelah malamnya akan menampilkan Pidato Khas Bersama Haji Mohd Sabu dan Ustaz Akhil Havy', ulasnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, 'pada 28hb. Januari, Sabtu akan diadakan acara sukan untuk golongan pelajar PASTI dan DAR, Jamuan Rakyat pada tengahari, pertunjukkan bermotor dan Ceramah Perdana 2 pada malamnya yang akan menampilkan YB Ustaz Che Abdullah Mat Nawi (ADUN Kelantan), Mustaffa Kamil Ayub (PKR) dan YB Mohd Wahid Endut', katanya.

Tuan Haji Ismail menyeru seluruh lapisan masyarakat di seluruh Kemaman ini tanpa mengira fahaman politik datang mengunjungi Sambutan ini dan menikmati Jamuan Rakyat pada tengahari Sabtu disamping pengunjung juga berpeluang memenangi Cabutan Bertuah Basikal Fixie.

'Pihak penganjur menyediakan enam buah basikal Fixie untuk dimenangi oleh pengunjung disamping jualan basikal Fixie pada harga kilang boleh didapati dengan membuat tempahan dengan menghubungi Saudara Mohd Hafiz Adam di talian 010 3247120.
Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...