Hari ini hiburan menjadi tumpuan dan diberikan anugerah yang tinggi melangit .Acara agama hanyalah “anak tiri” di mata pemerintah.Buktinya? Maharaja Lawak Mega Johan dapat RM350,000.00 Johan Majlis Tilawah kebangsaan hanya RM15,000.00 sahaja!!! 23 kali ganda…Anda nilaikan sendiri, nilai AGAMA ISLAM di mata pemerintah.
Osbon juara MLM raih wang tunai RM350,000
SHAH ALAM 31/12/2011 4:49am: Kumpulan paling popular dalam Maharaja Lawak Mega (MLM), Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon menepati ramalan ramai apabila muncul juara sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Melawati di sini malam tadi.
Mereka mengetepikan saingan terdekat iaitu kumpulan Boboi yang muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 diikuti set meraih tempat ketiga dengan membawa pulang RM150,000.
Pada pertandingan peringkat separuh akhir di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahului semua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikuti Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).
Sementara itu, kumpulan Syok menjadi pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna.
Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70 markah daripada para pengkritiknya manakala 30 markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton di rumah.
Tiga pengkritik tetap MLM ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan manakala pengkritik jemputan pada final pertandingan itu ialah pelakon Aaron Aziz.
Selain Osbon dan Boboi, MLM turut disaingi oleh dua lagi kumpulan iaitu SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin dan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha).
Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 raih wang tunai RM15,000 ----> jer?
Keputusan Rasmi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 54 Tahun 1432H/2011M
Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 1432H/2011M telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Majlis Islam Sarawak. Keputusan rasmi adalah seperti berikut:-
KEPUTUSAN RASMI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-54 TAHUN 1432H/2011M
__________________________________________________________________
BAHAGIAN LELAKI/QARI
TEMPAT PERTAMA : En. Amirahman bin Hj. Abas
NEGERI : Negeri Sembilan
MARKAH : 88.67%
TEMPAT KEDUA : En. Anuar bin Hasin
NEGERI : Perak
MARKAH : 87.67%
TEMPAT KETIGA : Tn. Hj. Ahmad Tirmizi bin Hj. Ali
NEGERI : Terengganu
MARKAH : 87.00%
BAHAGIAN WANITA/QARIAH
TEMPAT PERTAMA : Pn. Hjh. Suraya binti Hj. Abu Hassan
NEGERI : Johor
MARKAH : 87.00%
TEMPAT KEDUA : Cik Hjh. Roziah binti Hj. Ayup
NEGERI : Sarawak
MARKAH : 84.33%
TEMPAT KETIGA : Pn. Hjh. Nor Azrah binti Ayub
NEGERI : Johan Menunggu
MARKAH : 84.00%
JOHAN KESELURUHAN : Terengganu
MARKAH : 83.84%
Hadiah bagi Johan : RM 15000, Pakej menunaikan Haji, Hadiah Iringan, Piala Iringan dan
Piala Pusingan
Hadiah bagi Naib Johan : RM 7000, Hadiah Iringan dan Pakej Menunaikan Haji
Hadiah bagi tempat Ketiga : RM 5000, Hadiah Iringan dan Pakej Menunaikan Haji
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah.
Tarikh : Jun 18, 2011 - 1:38am
Editor : mustaqeem
Dipetik Dari laman :http://www.islam.gov.my
0 comments