PAS Terengganu sambut 100 tahun Batu Bersurat

Khairul Azlam Mohamad

HULU TERENGGANU : PAS Terengganu akan mengadakan sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’ Dil As-Suluk (Itqan) di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 6 dan 7 Januari 2012.


Pengarah Itqan, Muhyidin Abdul Rashid berkata program sambutan “Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk” bagi memperingati 100 tahun Undang-undang Islam pernah diamalkan di Terengganu.

Malah, kata beliau penemuan “Batu Bersurat” yang tercatat pada tahun 1303 bukti awal negeri ini pernah menerima Islam sebagai agamanya.

“PAS Terengganu akan mengadakan sambutan 100 tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’ yang diadakan pada 6 dan 7 Januari 2012 di Kuala Berang, tempat penemuan ‘Batu Bersurat’ itu.

“Ini (program) berkaitan dengan Undang-undang Islam yang pernah digubal dan diamalkan di Terengganu ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III),” ujarnya kepada Harakah.

Menurutnya, program sambutan tersebut terbuka kepada orang ramai yang akan berpeluang melihat serta mendengar pengkisahan mengenai sejarah Islam di negeri ini sejak tahun 1303.

“Saya menyeru dan mengajak orang ramai khususnya kepada penduduk setempat supaya dapat hadir untuk memeriahkan program sambutan 100 tahun Itqan ini.

“Semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999-2004, kita (PAS) juga menggubal Enakmen Jenayah Syariah Terengganu, diluluskan dan diwartakan sebagai Undang-undang Tubuh Negeri pada tahun 2003,” jelasnya.

Katanya, pelbagai mengisian program akan diadakan termasuk bicara forum, pameran, pengkisahan sejarah Islam, jualan expo dan banyak lagi.
Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...