
- Hamas gembira dalam kebimbangan Israel
Kemenangan parti-parti Islam di Mesir telah mencetuskan kebimbangan musuh Hamas, yang menyambut baik kemenangan rakyat Mesir.
Suruhanjaya Pilihan Raya Tinggi Mesir telah mengisytiharkan parti Kebebasan dan Keadilan, sayap politik kepada Ikhwan Muslimin mendapat 36.6 peratus daripada 9.7 juta yang undi sah.
Pilihanraya yang dilihat paling adil dan bebas bagi negara Mesir itu, bermula 28 November turut menyaksikan sebuah lagi parti berasaskan Islam, Parti Nour mendapat undi sebanyak 24.4 peratus.
Parti Kebebasan dan Keadilan telah muncul sebagai kuasa politik yang paling terancang dan bersatu padu dalam pilihanraya tersebut
Sementara itu, kebangkitan Islam di Mesir dijangka menimbulkan kebimbangan di Israel, yang keduanya adalah berkongsi sempadan.
Bagaimana pun menurut sumber parti Kebebasan dan Keadilan, sekiranya diberikan mandate memerintah, mereka akan mengekalkan perjanjian damai Israel yang ditandatangani pada tahun 1979.
Mereka berkata, ia akan dikekalkan , dengan berkemungkinan sedikit perubahan.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada hari Sabtu 3 Disemner melahirkan kebimbangan mendalam terhadap ‘ trend’ keputusan pusingan pertama piliharaya itu.
"Proses Islamisasi di negara-negara Arab adalah sangat membimbangkan," kata Barak di petik televisyen Israel, sambil menambah Walau bagaimanapun bahawa ia adalah "terlalu awal untuk mengatakan bagaimana perubahan ini akan menjejaskan rantau ini".
Sebaliknya, Hamas gerakan Islam Palestin, yang menikmati kemenangan pilihanraya parlimen Palestine pada tahun 2006, berkata, kejayaan parti-parti Islam di Mesir adalah "hasil yang sangat baik".
"Ia akan bermakna lebih banyak sokongan bagi isu-isu Palestin," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.
Parti-parti lain yang betanding dalam pilihanraya tersebut seperti parti Liberal mendapat 13.4%, parti Wafd beroleh 7.1% dan parti Wasat mendapat 4.3% sokongan rakyat Mesir
0 comments