Ekspidisi PEMUDA & Nisa Bersama Masyarakat

CHUKAI, 31 Disember: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman(DPPKK), meluangkan masa hampir tiga jam menyantuni masyarakat dan mengedar risalah di pusat beli belah utama di Kemaman, Centre Point dan sekitarnya sempena menyambut tahun baru 2012.

Ekspidisi anjuran bersama DPPKK dan Nisa Kemaman menghimpunkan 70 pemuda dan muslimat muda di Pejabat PAS Kawasan Kemaman. Program dimulakan sejurus selepas solat zohor dengan taklimat khas oleh Ketua DPPKK, Ustaz Hisyamuddin Abdul Karim. 

Para peserta kemudian bergerak ke lokasi sasaran dengan sebahagian menuju ke Centre Point Kemaman, manakala sebahagian lagi ke  Bangunan Casa Limbong dan bangunan kedai di Jalan Lebai Saras. Pihak penganjur juga membuka kaunter pemeriksaan kesihatan percuma di aras dua bangunan Centre Point.

Dengan tema “Pemuda Bersama Masyarakat”, Ustaz Hisyamuddin dalam taklimatnya mengingatkan para peserta ekspidisi supaya tidak terpengaruh sekiranya ada sebarang provokasi dan menumpukan kepada tiga perkara penting dalam ekspidisi ini iaitu memperkenalkan PAS, menyantuni masyarakat, dan menyediakan khidmat pemeriksaan percuma.

Sambutan daripada masyarakat amat menggalakkan dan mereka mencadangkan agar aktiviti seumpama ini dapat diperbanyakkan pada masa akan datang. Turut serta dalam ekspidisi ini ialah Ajk PAS Kawasan Kemaman merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dun Chukai, Tuan Haji Hanafiah Ramli.

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...