Sejurus itu, tindakan pantas PAS cawangan terbabit segera menghulurkan bantuan termasuk menyedidiakan nasi bungkus sebanyak 60 bungkus untuk makan malam mangsa-mangsa kejadian ribut tersebut.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat segera melawat mangsa ribut setengah jam kemudian selepas musibah tersebut.
Katanya, setiap musibah yang melanda akan dirasai oleh semua orang sama ada yang beriman mahu pun yang ingkar.
“Saya terima panggilan dari penduduk di sini (Geliga) pada jam 3.45 petang ketika berada dalam satu majlis bersama kaum tionghua di Chukai.
“Saya bagi pihak PAS merakamkan ucapan takziah dan harap mereka (mangsa) dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini. Musibah (bencana) ini kena tidak kira siapa sama ada orang beriman atau yang ingkar dengan perintah Allah SWT,” jelasnya kepada Harakah ketika melawat mangsa terbabit.
Menurutnya, PAS akan segera mengambil tindakan dan melihat keperluan yang boleh dihulurkan mengikut kadar kemampuan parti.
Katanya, antara tindakan segera pihak MTD Chukai mengagihkan bekalan makanan makan malam kepada semua mangsa ribut berkenaan.
Mangsa ribut, Puan Zanawati Musa, 38, dari Kampung Geliga berkata ketika kejadian angin kuat keluarganya tidak berada di rumah.
“Semasa berlaku rebut ini, kami anak-beranak tidak ada di rumah tetapi berada di rumah jiran. Bunyi angin yang kuat cukup menakutkan kami semua.
“Rumah saya rosak teruk di bahagian atap yang hampir 60 peratus keseluruhan atap diterbangkan angina,” ujarnya dengan cemas.
Namun, beliau bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa termasuk enam anaknya terselamat.
Alias Abu Bakar, 38, rumahnya turut mengalami kerosakan teruk apabila dirobek angin kuat yang melanda hanya sekitar lima minit sahaja.
Menurut beliau, ketika kejadian isterinya Puan Zaliza Awang berada di rumah bersama tiga orang anak yang masih kecil.
Katanya, pemimpin PAS antara yang terawal datang melihat kesan dari angin kuat yang melanda kampung ini.
“Terima kasih, saya kepada pihak PAS yang datang melawat kami. Rasa lega dan tenang apabila ada pihak yang cakna dengan nasib kami yang terkena musibah rebut ini.
“Semasa kejadian, saya tidak ada di rumah kerana bekerja tetapi isteri dan anak-anak ada di dalam rumah dan mereka semua selamat,” ujarnya.
Mohd Khairul Anuar Abdullah, 26, memohon agar pihak kerajaan segera menghulurkan bantuan atap kepada mangsa-mangsa ribut ini.
Katanya, tindakan melambat-lambatkan bantuan boleh menjejaskan emosi penduduk yang hampir kehilangan tempat tinggal.
“Semua mereka (mangsa) berada dalam emosi terkejut dan risau jika hujan lebat dan angin kuat berterusan minggu ini,” ujarnya.
Menurutnya, kejadian angin kuat dan ribut ini berlaku terlalu pantas hanya kurang dari 10 minit menyebabkan banyak rumah yang rosak.
Seorang nelayan, Nordin Ali Mohd Nor, 47, mendakwa sebelum rumah rosak dilanda ribut pernah memohon bantuan atap tetapi tidak pernah diperolehinya.
“Saya pernah minta bantuan atap dengan pihak JKKK tetapi tidak pernah dapat sebelum ini. Saya harap kali ini boleh (dapat) sebab banyak atap rumah rosak terkena ribut hari ini,” jelasnya.
Beliau kini tinggal di rumah pusaka arwah ibunya yang usang bersama anak menantu serta beberapa orang cucu. Menurutnya, ketika berlaku terjahan angin kuat ada bersama isteri serta anak-cucu di rumah kerana hujan lebat.
Hanafiah Mat turut menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil perjalanan segera membantu mereka.
katanya kerugian dianggarkan lebih RM100,000 dan pihaknya akan memberi bantuan segera bagi mengurangkan beban kehidupan mangsa-mangsa terbabit.
katanya kerugian dianggarkan lebih RM100,000 dan pihaknya akan memberi bantuan segera bagi mengurangkan beban kehidupan mangsa-mangsa terbabit.
0 comments