PAS TERENGGANU LANCAR MANIFESTO PRU-13 BERTEMA "TERENGGANU MAJU, ISLAM BERDAULAT, NEGERI BERKEBAJIKAN"


KUALA TERENGGANU - PAS negeri Terengganu mengumumkan lima perkara dari kandungan manifestonya bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (PGU100K) di Pantai Pandak, Chendering, Sabu 15 Oktober

Tawaran PAS kepada rakyat Terengganu bertema "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan' telah dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

[Gambar -Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan Pesuruhjaya 1, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengiringi Presiden melancarkan manifesto 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan']

Lima perkara dari kandungan manifesto yang diumumkna semalam adalah seperti berikut;

1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman

2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN

3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami

4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan

5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, sebuah kerajaan yang diberi amanah memerintah perlu menunaikan tiga tanggungjawab utama iaitu menjadi kerajaan yang memperhambakan diri pada tuhan, memberi makan kepada rakyat sehingga rakyat tidak lapar dan menjaga keselamatan dalam negara.
Mengulas Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib 16 Oktober lalu, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, kenaikan gaji yang diumum kerajaan tidak membantu rakyat kerana pada masa yang sama harga barang juga dinaikkan.
Pemberian yang disifatkan sebagai one-off itu katanya hanya akan memberi kesenangan sementara lebih-lebih lagi dalam usaha BN memancing undi untuk PRU ke-13 tidak lama lagi.
Namun selepas itu katanya, rakyat akan terus terbeban dengan perlaksanaan cukai khususnya barangan perkhidmatan (GST) yang hampir pasti dilaksanakan jika BN terus diberi kepercayaan memerintah negara.
Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...