:: Takziah Kepada Keluarga Pengarah MTD Chukai ::

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah Ibu Mertua Tuan Haji Hanafiah selaku Pengarah MTD Chukai...

Semalam 21 Ogos 2011, beberapa orang wakil pemuda PAS Dun Chukai dan Dewan Pemuda Kawasan kemaman telah menghadiri pengkebumian jenazah Allahyarhamah Ibu Mertua Pengarah MTD Chukai yang terletak di Gong Pasir Dungun, Terengganu.

"Saya selaku Pengarah Pemuda PAS Dun Chukai mengucapkan Takziah dan ribuan kemaafan di atas kelewatan tiba di sana semalam kerana masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan. Kami tiba pada waktu Asar dan Solat Asar terlebih dahulu di Masjid. Setelah sampai di rumah beliau, jenazah telah disembahyangkan. Walaubagaimanapun, rombongan sempat mengadakan solat jenazah sekali lagi sebelum dikebumikan".

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pemuda yang terlibat dengan pengkebumian yang diadakan semalam dan Pemuda Chukai yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Bagi yang tidak dapat hadir, sekurang-kurangnya sedekahkan ummul kitab kepada arwah sudah memadai.

Saya juga mewakili seluruh kepimpinan dan ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS Dun Chukai(PPDC) mengucapkan Takziah kepada keluarga Tuan Haji Hanafiah terhadap pemergian Ibu Mertua beliau. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui ajal dan semoga ia memberikan peringatan kepada kita semua apalagi dibulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Al-Fatihah....


MAHADI MAHMUD
PENGARAH PPDC



Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...