Rusuhan Di London Ekoran Polis Tembak Seorang Lelaki

LONDON: Rusuhan ganas yang melanda Britain masih berterusan masuk hari keempat semalam, dengan para belia dilaporkan mengamuk di Manchester dan Midlands.

Sejauh ini, tiga lelaki telah dilaporkan mati dalam rusuhan itu.

Ibu kota London bagaimanapun kembali tenang selepas 16,000 pegawai polis dikerahkan bagi mengekang sebarang keganasan baru.

Banyak kedai di bandar itu masih ditutup semalam.

Namun, di luar ibu kota itu, keganasan semakin merebak.

Di Manchester, bandar ketiga terbesar Britain, ratusan belia memecahkan tingkap dan menjarah kedai dalam keganasan yang disifatkan terburuk dalam tempoh 30 tahun.

Sebuah kedai pakaian wanita di pusat beli-belah utama bandar itu dibakar.

Penolong Ketua Konstabel Manchester, Encik Garry Shewan, berkata rusuhan dan penjarahan yang melanda bandar itu disifatkan sebagai 'kelakuan ganas dan jenayah tidak masuk akal', yang tidak pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun.

'Tiada apa yang perlu dibantah kerana memang tiada puncanya dan ini adalah keganasan dan jenayah tidak masuk akal yang tidak pernah saya lihat sebelum ini,' katanya.

Di Birmingham, polis telah menahan seorang lelaki dan melancarkan siasatan selepas tiga lelaki Asia mati dilanggar kereta semasa cuba melindungi kejiranan mereka daripada penjarah.

Mereka dilanggar sejurus keluar dari sebuah masjid sekitar 1 pagi (waktu tempatan) semalam.

Penjarah turut dilaporkan membakar bangunan di West Bromwich dan Wolverhampton di tengah London. Di Nottingham pula, sebuah balai polis dilontar bom botol.

Para penjarah turut menyasarkan kedai di Birmingham bagi malam kedua berturut-turut.

Sekitar 200 perusuh di Liverpool pula dilaporkan melempar barang ke arah polis.

Di bandar West Midlands, polis menangkap 109 orang semalam.

Rusuhan di Britain bermula pada Sabtu lalu di Tottemham di London menyusuli tindakan polis menembak mati seorang lelaki, Encik Mark Duggan, 29 tahun.

Siasatan awal menunjukkan Encik Duggan tidak melepaskan sebarang tembakan ke arah polis apabila teksi yang dinaikinya diarahkan berhenti oleh polis.

Di sebalik kontroversi itu, Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, berikrar melakukan apa yang patut bagi menghentikan keganasan itu

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...