KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang akan meneliti sistem pilihan raya akan diketuai oleh seorang menteri dengan lapan anggota dari sebelah kerajaan dan pembangkang.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz(gambar)memberitahu, satu usul mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut akan dibentangkan ketika sidang Parlimen Oktober ini.
Jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu Bebas.
Kata beliau, Kabinet juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi membincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri.
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini.
Menurut Nazri, parti atau perikatan akan menentukan wakil masing-masing dalam jawatankuasa tersebut.
"Apa yang kami akan membincangkan bergantung pada jawatankuasa pilihan khas tetapi anggota Kabinet berharap bahawa ia akan merangkumi perkara seperti biometrik, dakwat kekal dan kaedah berkempen.
"Kami telah membincangkan isu-isu seperti pengundian awal, bukan pengundian pos, bagi mereka yang tidak boleh mengundi pada hari pengundian dan juga membenarkan mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi jika mereka berada di luar negara," katanya lagi.
Bagaimanapun Nazri menegaskan, keputusan untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas ini bukan kerana undang-undang semasa ada kepincangan.
"Apa yang kami mahu lakukan ialah memperkukuhkan undang-undang dan membincangkan isu-isu yang dibawa pelbagai pihak mengenai kebimbangan mereka bahawa undang-undang semasa tidak mencukupi," katanya lagi.
Bersih 2.0 mengesyorkan agar jawatankuasa pilihan khas itu menyarankan agar diadakan suruhanjaya diraja mengenai pilihan raya negara dan mahu terma rujukan bagi suruhanjaya itu digariskan oleh jawatankuasa tersebut dalam tempoh setahun.
Nazri berkata jawatankuasa pilihan khas ini akan membabitkan pendengaran awam, yang membolehkan setiap pihak memberikan syor.
Jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu Bebas.
Kata beliau, Kabinet juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi membincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri.
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini.
Menurut Nazri, parti atau perikatan akan menentukan wakil masing-masing dalam jawatankuasa tersebut.
“Apa yang kami akan membincangkan bergantung pada jawatankuasa pilihan khas tetapi anggota Kabinet berharap bahawa ia akan merangkumi perkara seperti biometrik, dakwat kekal dan kaedah berkempen.
“Kami telah membincangkan isu-isu seperti pengundian awal, bukan pengundian pos, bagi mereka yang tidak boleh mengundi pada hari pengundian dan juga membenarkan mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi jika mereka berada di luar negara,” katanya lagi.
Bagaimanapun Nazri menegaskan, keputusan untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas ini bukan kerana undang-undang semasa ada kepincangan.
“Apa yang kami mahu lakukan ialah memperkukuhkan undang-undang dan membincangkan isu-isu yang dibawa pelbagai pihak mengenai kebimbangan mereka bahawa undang-undang semasa tidak mencukupi,” katanya lagi.
Bersih 2.0 mengesyorkan agar jawatankuasa pilihan khas itu menyarankan agar diadakan suruhanjaya diraja mengenai pilihan raya negara dan mahu terma rujukan bagi suruhanjaya itu digariskan oleh jawatankuasa tersebut dalam tempoh setahun.
Nazri berkata jawatankuasa pilihan khas ini akan membabitkan pendengaran awam, yang membolehkan setiap pihak memberikan syor.
Dalam pada itu dipetik Bernama Online, Nazri berkata jawatankuasa itu juga akan mengadakan jelajah dan sesi perjumpaan umum mendapatkan pandangan orang ramai mengenai langkah-langkah untuk menambah baik sistem pilihan raya negara.
Mengenai cadangan agar wakil badan bukan kerajaan (NGO) turut menganggotai jawatankuasa itu, Nazri berkata mereka ini tidak mempunyai hak untuk menyertainya kerana ini adalah sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen.
“Cuma penglibatan mereka adalah pada sesi perjumpaan umum untuk mereka menyuarakan pandangan,” katanya.
Ditanya sama ada jawatankuasa itu boleh membentangkan laporannya sebelum pilihan raya umum akan datang, Nazri berkata: “Saya tidak tahu bila pilihan raya akan datang, tetapi yang sudah tentu ialah Parlimen sekarang akan tamat tempoh pada 2013.”
“Oleh itu, pada pandangan saya, jawatankuasa itu boleh menyediakan laporan lebih awal daripada tarikh itu,” katanya.
Menyentuh mengenai cadangan yang dikemukakan oleh satu kumpulan dikenali Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengenai pilihan raya, Nazri berkata tidak ada apa-apa keistimewaan mengenai kumpulan itu dan mereka boleh memberikan pendapat pada sesi perjumpaan umum nanti.
Sebelum itu, dalam satu temu bual menerusi telefon dengan Bernama, beliau berkata bahawa pada mesyuaratnya pada Rabu lepas Kabinet telah membincangkan desakan pakatan pembangkang supaya diadakan satu sidang khas Dewan Rakyat untuk membahaskan isu mengenai dakwaan kononnya pemastautin tetap telah diberikan hak untuk mengundi.
“Keputusan menubuhkan jawatankuasa pilihan Parlimen ini adalah hasil daripada mesyuarat itu.
“Oleh itu, tidak perlu diadakan persidangan khas Parlimen seperti yang dituntut oleh pembangkang,” kata Nazri.
themalaysianinsider
0 comments