MB tukar majlis syura kepada JK pendengaran


Berikutan rasa terkejut yang diluahkan oleh Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah, semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu ditukar.

NONEDalam kenyataan media, malam semalam, menteri besar itu berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran

“Kerajaan negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan JAIS terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

“Justeru, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui MAIS,” katanya.

Matlamat asal

Namun menurut Abdul Khalid, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa itu tetap tidak berubah dan selaras dengan perbincangan antara beliau dan baginda Sultan Selangor.

selangor state assembly first sitting 210508 khalid teng sultan“Kerajaan negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata”

Isnin lalu, Khalid mengumumkan pembentukan majlis itu bagi menyelesaikan kontroversi isu murtad dan bagi mengendurkan ketegangan yang mungkin tercetus di kalangan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor.

Dalam kenyataannya itu, Khladi berkata idea penubuhan majlis tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor hasil perbincangan mereka minggu lalu.

Majlis tersebut akan dianggotai oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar serta dirinya sendiri.

NONENamun, semalam dalam satu kenyataan media setiausaha sulit kepada sultan Datuk Mohamad Munir Bani (kiri) berkata, isu baginda menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar.

Katanya, sultan juga berpendirian, majlis penasihat syura atau badan berbentuk dialog berkaitan agama "tidak pernah diperkenankan".

Ini kerana, tambahnya, selain JAIS, negeri itu mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan jabatan mufti negeri.

Tidak menghalang

Jelas Munir, sultan tidak menghalang hasrat Khalid memanggil gereja tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali.

Pada kenyataan medianya, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat akan tetap mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu berkenaan.

NONE“Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini,” katanya.

JAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan 'menyerbu' majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran.

Paderi kanan DUMC Daniel Ho antaranya mendakwa, JAIS masuk ketika majlis sedang diadakan, merakamkan video dan gambar serta tidak menunjukkan salinan aduan bila diminta.

Selepas lebih seminggu kejadian itu, JAIS akhirnya bersuara dengan menegaskan tiada serbuan dibuat terhadap DUMC, sebaliknya hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata, perundingan dengan penganjur di luar dewan majlis membuktikan tuduhan JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk hanya "tohmahan liar" semata-mata.


KLIK dan Tengok Sendiri ape berlaku..!!! tah tahu nak cerita.There are so many reasons to love the new Samsung Galaxy Tab 10.1 #samsungTabmy

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...