
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Syukur sejak akhir-akhir ini, Pemuda PAS Dun Chukai melakukan sedikit perubahan terhadap gerak kerja Islam yang biasa dilaksanakan selama ini. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang sentiasa diadakan kepada masyarakat dan kepada pemuda, kita tidak lupa untuk bertemu mereka yang berada di ruangan udara iaitu mereka yang tidak bersama dengan program pemuda tetapi mendapat maklumat daripada pemuda. Mereka adalah orang yang berada di hadapan computer mereka dan sentiasa ‘online’. Bukan sahaja dikalangan kita bahkan pemuda chukai mampu untuk menyampaikan maklumat termasuk kepada mereka yang tidak menyokong kita. Melalui apa??? Melalui artikel-artikel dan penulisan yang kita lakukan…
Justeru, saya mengharapkan sahabat-sahabat untuk melakukan beberapa perkara yang penting iaitu menyebarkan maklumat melalui internet. Setakat ini PPDC mengeluarkan beberapa artikel yang diterbitkan dibeberapa saluran informasi maklumat online termasuk buletin online. Tahukah sahabat-sahabat, setiap artikel yang dilontarkan disambut oleh ribuan pembaca dari seluruh Negara menunjukkan bahawa idea PPDC mampu masuk ke seluruh Negara. Oleh itu, pihak pimpinan PPDC mengharapkan setiap AJK PPDC atau sesiapa sahaja dapat ‘share’ setiap artikel yang dimasukkan dalam mana-mana media online seperti tranungkite.net dan lain-lain.
Antara artikel yang telah dikeluarkan oleh PPDC adalah seperti berikut:-
1. Berjuang Bukan Mengisi Masa Lapang
(http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=15727).
2. Pemuda Perlu aktifkan Facebook dan Twitter Demi islam .
(http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8170)
3. Pemuda Perlu Aktif Menggunakan ICT Demi Islam.
4. Penulisan Termasuk di dalam Jihad Fii Sabilillah.
(http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8142)
5. Gunakan Google Reader untuk Memudahkan Pembacaan.
(http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8245)
6. Gunakan ‘Google Reader’ untuk Memudahkan Pembacaan Online.
(http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=15795)
Semua artikel itu datang daripada blog PPDC. Ini bermakna, sekiranya artikel itu dibaca, secara tidak langsung blog PPDC akan dibuka oleh para pengunjung. Tahukah sahabat, setiap artikel yang dilontarkan memanggil ribuan pengunjung untuk membacanya. Artikel terkini adalah ‘Gunakan Google Reader untuk memudahkan pembacaan’. Tahukah sahabat, artikel tersebut mendapat hampir 500 pembaca sehingga saat ini 20 Ogos 2011 semenjak diterbitkan hanya melalui detikdaily. Artikel itu juga masuk ke tranungkite.net dan kali terakhir dipantau mendapat 600 pembaca ke atas. Oleh itu, blog PPDC mendapat kunjungan 339 orang (19 Ogos 2011) hanya kerana 1 artikel yang dikeluarkan pada hari itu berbanding sebelum itu hanya beberapa orang. Ini menunjukkan ribuan pembaca dalam masa sehari dan sedarlah kita tidak mampu mengumpulkan manusia untuk menyatakan sesuatu sebegitu mudah termasuk mereka yang dikalangan jurusan agama dalam masa sehari.
Wahai rakan seperjuangan, bukan angka yang kita persoalkan tetapi perubahan dan ganjaran yang diperoleh oleh setiap daripada kita hanya kerana tindakan JARI-JARI SAHABAT sekiranya artikel-artikel tersebut dikongsikan melalui FACEBOOK masing-masing. Kita ingin pastikan semua artikel disebarkan dan kesannya adalah Blog PPDC menjadi rujukan masyarakat. Oleh yang demikian, sahabat-sahabat perlu berkongsi maklumat dan biasanya Facebook ‘Kumpulan PPDC’ (https://www.facebook.com/PPDCGroup) akan share terlebih dahulu. Selain itu, SHARE ke dalam semua group sahabat2 dengan hanya ‘copy’ alamat dan ‘paste’ dalam group tersebut. Semoga setiap manusia yang membacanya mendatangkan pahala dan kebaikan kepada sahabat-sahabat.
Dengan ini, pihak Pimpinan PPDC mengharapkan kepada seluruh AJK PPDC khususnya dan semua yang inginkan saham akhirat untuk 'share' sebarang artikel yang diterbitkan agar kita mendapat kebaikan bersama. Kepada lajnah IT, perkemaskan gerak kerja Lajnah anda demi kepentingan Islam.
PENOLONG S/U 1 PPDC : 20 Ogos 2011
0 comments