Empat perkara didakwa bagi musnahkan umat Islam


Bersandarkan isu kontroversi "gerakan murtad" oleh kumpulan-kumpulan Kristian, harian berbahasa Melayu Sinar Harianmemperhebatkan kritikan terhadap gerakan agama itu.

sinar harian on christian movement aims july 23 2011Hari ini menerusi ruangan Info, akhbar itu mendakwa rancangan pemusnahan umat Islam oleh gerakan Kristian adalah dengan menggalakan pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan serta menghalalkan pelacuran.

Sinar Harian turut menyenaraikan empat perkara lain yang didakwanya matlamat kumpulan berkenaan bagi memusnahkan umat Islam.

Ia adalah:

1. Gerakan sosial - galak pergaulan bebas remaja, lelaki dan perempuan.

2. Keruntuhan akhlak - rosakkan moral dengan kegiatan liar.

3. Menghalakan pelacuran - sebagai satu pekerjaan perkhidmatan.

4. Filem dan muzik - menyelitkan unsur-unsur kurang baik/adengan yang keterlaluan dan muzik yang melampau sehingga leka dan lupa diri.

Akhbar itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut

Malaysiakini

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...