Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan satu sidang meja bulat yang khusus untuk membincangkan dan mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah ini. Sidang meja bulat ini akan dibuat sebagaimana maklumat di bawah:
Tarikh : 13 Ogos 2011
Masa : 4.30 petang
Tempat : Perumahan EXCO Selangor, Shah Alam
Sasaran : Semua NGO Islam di Malaysia
Dewan Pemuda PAS Malaysia amat berbesar hati sekiranya seluruh NGO Islam di Malaysia dapat mengambil bahagian di dalam perbincangan mengenai isu ini kerana ianya mampu menggugat keamanan negara. Sebelum ini kejadian-kejadian seperti rumah-rumah ibadat dibakar atau dicemari pernah berlaku di dalam negara kita. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap penyertaan NGO di dalam sidang meja bulat ini akan menghasilkan satu penyelesaian yang baik buat semua pihak.
Sekian, wassalam
Memimpin Kebangkitan Anak Muda
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia
0 comments