Suatu hari Ibnu Sirin menjual seekor kambing biri-biri betina. Ketika dia hendak menjual kambing itu kepada pembeli,dia berkata, “Tuan boleh membeli kambing ini,tetapi hamba ingin menyatakan bahawa kambing ini ada keaibannya iaitu suka mengacau rumput dengan kaki.”
Inilah contoh sifat cermat Ibnu Sarin sehinggakan hatinya terang dan dianugerahkan kebolihan mentadbir mimpi. Persoalannya bagaimana dengan kita,adakah kita ambil berat dengan apa yang kita makan,pakai dan sebagainya.
Ilmu itu cahaya,cahaya Allah tidak akan masuk kedalam hati yang kotor.Adik-adik yang masih belajar jangan ambil ringan dengan perkara halal haram,kerana ia mempengaruhi apa yang adik-adik belajar.Walaupun mencari nafkah itu kewajipan bapa tapi adik-adik kena tahu sekurang-kurangnya apa pekerjaannya.
“Dalam diri anak adam ada seketul daging,jika baik daging itu maka baiklah semua anggotanya,jika rosak daging itu maka rosaklah semua anggutanya,ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
Maksud rosak disini bukanlah tidak cukup sifat anggota badan tapi perangai dan tingkahlaku seseorang.Setiap kali kita makan makanan yang haram satu titik hitam akan terjadi,
Bayangkanlah jika umur kita 50 tahun,sehari satu titik hitam maknanya ada 50 titik dah berapa peratus hati kita rosak. Oleh sebab itulah kita jadi degil,nakal,tak dengar nasihat dan seterusnya melakukan perkara-perkara menyalahi syariat.
Ditulis oleh AJK PPDC
0 comments