Bekas ketua IMF bebas tuduhan rogol


August 24, 2011

Dominique Strauss-Kahn dengan diiringi isterinya Anne Sinclair meninggalkan kompleks mahkamah di New York semalam. — Foto Reuters
NEW YORK, 24 Ogos — Mahkamah New York menggugurkan kesemua tuduhan serangan seksual ke atas bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn semalam selepas pendakwa raya berkata mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti si pengadu.

Bagaimanapun nasib kes itu belum berakhir ekoran rayuan kecemasan yang dibuat semalam.

Hakim Mahkamah Agung New York Michael Obus menerima permintaan pihak pendakwa agar kesemua tuduhan digugurkan.

Perkembangan itu membolehkan Strauss-Kahn memperoleh kembali peluang kemungkinan bertanding pemilihan presiden Perancis dan membina semula kerjaya politiknya.

Beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah urusan IMF Mei lalu ekoran dakwaan cuba merogol seorang pekerja hotel berusia 32 tahun. — Reuters

themalaysianinsider


Pada kaki online, ada baiknya korang cuba bende nih >>> Looking classy and sophisticated with #AddaraKaftans #MilkADeal !

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...