Pertamanya, kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kita ni'mat yang amat berharga iaitu Ni'mat iman dan islam. Oleh itu, kita perlu berfikir sejenak apa yang berlaku kepada mereka yang tidak mendapat ni'mat ini, yang dilahirkan bukan berada dalam keluarga islam. Justeru, kita mempunyai peranan yang besar untuk mengajak manusia kepada agama ini dan menegakkan agama ini. Apa tujuan kita hidup sebenarnya??
Perlu kita sedar akan tujuan kita dihidupkan oleh Allah. Allah menyatakan melalui firmannya : "dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadanya" menunjukkan bahawa tugas pertama kita di atas muka bumi adalah untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada tuhannya. Kemudian, Allah menceritakan melalui Quran di awal surah al-baqarah bagaimana Allah ingin menjadikan di atas muka bumi itu khalifah. Kemudian dipersoalkan oleh Malaikat dan Allah menyatakan aku mengetahui apa yang kamu(malaikat) tidak mengetahui. Khalifah bermakna 'menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama'.
Oleh itu, setiap daripada kita yang mukallaf perlu memahami tujuan hidup masing-masing. Maka, kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang berat khususnya kepada pemuda-pemuda yang ada pada hari ini apalagi jika mereka golongan terpelajar. Pemuda perlu bangkit bersama untuk berjuang menegakkan agama ini, bukan sahaja MENYOKONG orang yang berjuang. Apa yang menjadi masalah adalah pemuda terpelajar hanya menyokong dan tidak bergerak seiring dengan pejuang-pejuang yang lain. Ini menunjukkan bahawa ramai di antara kita yang tidak memahami erti perjuangan dan matlamat perjuangan islam yang sewenang-wenangnya disebut dibibir masing-masing.
Di zaman Nabi, pemuda memainkan peranan dalam perjuangan. Contoh yang paling mudah, Saidina Ali KW yang ditugaskan oleh Rasulullah untuk menggantikan tempat tidur baginda sewaktu berhijrah ke Madinah. Bukan sahaja diberikan tugas, diperintahkan Saidina Ali untuk memulangkan barang-barang kepunyaan jahiliyah yang disimpan oleh Rasulullah s.a.w kerana jujurnya baginda. Banyak lagi contoh pemuda yang lain antaranya mus'ab bin umair yang berjuang bersama nabi.
Oleh sebab itu, pemuda hari ini perlu terlibat secara langsung dalam perjuangan untuk menegakkan islam kerana idea dan pemikiran mereka sangat penting khususnya kepada pemuda yang terpelajar. Kadang-kadang kita merasa malu untuk bersama dengan rakan-rakan yang tidak sebaya umurnya dengan kita dalam menempuh perjuangan ini. Ini suatu kesilapan dan perasaan yang sangat bahaya dan menunjukkan kita tidak mengkaji sirah perjuangan nabi dan sahabat-sahabatnya.
Sepatutnya, kita sebagai pemuda terutamanya yang terpelajar, perlu mencari perjuangan ini dan bukannya Perjuangan yang mencari kita. Apakah kita merasakan diri ini terlalu hebat sehingga orang yang berjuang terpaksa menghubungi kita sepanjang masa untuk meneruskan perjuangan kerana perlunya tenaga dan pemikiran pemuda??? Itu pun kita memberikan pelbagai alasan dan sibuk dengan komitmen-komintmen yang lain seolah-olah mereka yang sedang berjuang tidak mempunyai tugas masing-masing. Hakikatnya, kita tidak bijak membahagikan masa dan tidak memahami FIQH AULAWIYAT dalam perjuangan.
Benarlah firman-firman Allah yang banyak di dalam al-quran di antaranya di dalam surah ankabuut ayat 2 dan 3 : "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." Banyak lagi ayat-ayat yang lain menunjukkan kepada kita perjuangan ini bukanlah dengan menyatakan sokongan melalui lidah semata-mata. Di sana adanya jalan menuju matlamat perjuangan dan kita tidak boleh memilih perjuangan sendiri kerana Parti Allah juga yang akan mendapat kemenangan. Ini diceritakan di dalam surah al-maidah "bahawa sesungguhnya Hizbullah(parti Allah) juga yang akan mendapat kemenangan" yakni orang yang bersama dengan parti Allah.
FIRMAN: "Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. " |
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). " |
"Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Hizbullah,pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang." (Al-Maaidah,54-56) |
Firman Allah : "Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidakmempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk[340] satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk[341]dengan pahala yang besar," (an-nisaa',95)
PENOLONG S/U 1 PPDC
0 comments