Konvensyen Geneva mengandungi empatperjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland,bermula tahun 1863 yang menetapkan piawaibagi undang-undang antarabangsa berkaitankemanusiaan. Empat perjanjian ini menjadi dasarkepada undang-undang kemanusiaan di seluruhdunia.Perkara ke 6 dalam perjanjian 1 & 2menyatakan: Semua bangunan dan unitperubatan seperti hospital, ambulans dan kapalhospital hendaklah menggunakan lambangPalang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka. makluman saya dalam sejarah kemanusian, hanya Tentera Militia Kristian Selatan Labenon dengan dokongan Zionis Yahudi yang telah menyerang hospital-hospital di Selatan Labenon dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai diKem Pelarian Shabra dan Shatila.Apabila mangsa-mangsa yang cedera didalam keganasan Shabra dan Shatila dibawa kehospital, tentera-tentera pengganas Militia Kristian Labenon telah menyerang hospital danmenembak matipesakit-pesakit yang sedang dirawat beserta doktor dan jururawat yang merawatmereka.
Di Iraq, ketika serangan Amerika dan sekutunya, walaupun ada hospital yang menjadi mangsapengeboman dan serangan peluru berpandu, tetapi Amerika berdalih dengan menyatakan iaadalah suatu kesilapan sasaran. Saya pernah melalui pengalaman bagaimana Hospital Saddam Medical City, tempat saya menjalani latihan praktikal terkena peluru berpandu pada suatumalam yang gelap dan sejuk. Tetapi Amerika tetap berdalih, sebenarnya yang menjadi sasaranmereka adalah sebuah kem tentera yang terletak bersebelahan hospital tersebut dan bukannyabangunan hospital. Lantak kamulah Amerika. Dengan title sebagai polis dunia kamu bolehberdalih apa saja! Ertinya, walaupun dengan dalih yang penuh berhelah, mereka masihmenghormati konvensyen Geneva.
Saya kemukakan muqaddimah di atas untuk kita menilai kewajaran tindakan pihak berkuasamengendalikan perhimpunan aman BERSIH 2.0 khususnya berkaitan tindakan polis yangmenembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin diJalan Pudu 9 Julai lalu.
Walaupun polis menafikan bahawa anggota mereka ada menembak gas pemedih mata dalamkawasan hospital, kemudian diikuti dengan sidang akhbar Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang mendakwa bahawa polis sememangnya tidak menembak gas pemedih mata dan air asidke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan menafikan sekerasnya dakwaan para peserta Bersih2.0 yang menyaksikan perkara tersebut dengan mata sendiri sebagai tidak benar.
Bangkai gajah tak mampu ditutup dengan daun lalang. Pelbagai bukti gambar serta video, walaubagaimanapun telah menolak penafian polis dan Liow dengan memaparkan dengan jelas bahawagas pemedih mata sememangnya telah ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin,ditambah dengan satu laporan Majlis Peguam Negara yang mencatitkan pengamatkannya padaperhimpunan aman Julai 9 yang mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku. Apa yang lebihmemeranjatkan dan disaksikan ramai ialah serangan tanpa provokasi dalam kawasan hospitaldan penahanan beberapa peserta yang hanya masuk ke hospital untuk mengelak seranganpemedih mata dan air.
Bagaimana pihak berkuasa yang tidak tahu malu dalam menafikan insiden tersebut denganpelbagai bukti dan saksi yang jelas terpampang di depan mata. Rakyat sendiri akanmenghakimi kerakusan ini.
Dr Azman Ibrahim
AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu
0 comments