Bordon: Suaram dijadikan 'hantu' bagi usir saya

William Bourdon, peguam hak asasi Perancis yang diusir dari Kuala Lumpur minggu lalu tidak memandang ringan dakwaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya beliau “dipergunakan dan dijadikan mangsa” oleh NGO hak asasi - Suaram.

NONEMenurut Bourdon, beliau hanya bertindak sebagai peguam untuk NGO berkenaan dan tidak melihat bagaimana Suaram mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Malah katanya, hak anak guamnya untuk mendapatkan perwakilan perundangan dinafikan apabila pegawai imigresen menahannya di pesawatnya ketika mendarat di Lapangan Terbaang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Jumaat lalu.

"Penjelasan rasional yang dapat saya rumuskan berhubung kenyataan pihak berkuasa ialah mereka cuba menjadikan Suaram sebagai 'hantu' dalam usaha memberi justifikasi arahan yang tidak dapat dijelaskan bagi mengusir saya,” katanya kepada Malaysiakini dari Paris.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen mendakwa tindakan itu diambil kerana peguam berkenaan mencabuli syarat pas lawatan sosialnya ke Malaysia.

Dalam responnya ke atas pengusiran Bourdon, Ahmad Zahid pada Ahad lalu berkata jika peguam Perancis itu mahu meneruskan kes itu, beliau sepatutnya berbuat demikian di Perancis dan bukannya di Malaysia.

NONETegasnya urusniaga pembelian dua kapal selam oleh Malaysia itu adalah sesuatu yang telus sebagaimana yang telah dinyatakannya di Parlimen dan berkata beliau sanggup memberi keterangan di mahkamah.

Beliau turut memberi amaran terhadap pihak yang didakwanya mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.

Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

altantuya razak baginda mongolian murder 190607 arrivalBayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.

Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis.

-Malaysiakini

Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...