Firman Allah: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung. " (al-imran, 104)
Pertamanya, ayat tersebut menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kumpulan Islam. Kumpulan itu mesti wujud bagi melaksanakan agenda yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran. Berdasarkan di dalam ayat yang lain seperti penjelasan di dalam surah al-Baqarah ayat yg ke 30, menunjukkan bahawa Tuhan ingin menjadikan khilafah di muka bumi yakni memberi tugas yang tidak mampu dilakukan oleh makhluk yang lain.
Allah menjadikan Adam dan akhirnya dihantar ke bumi bagi menguruskan bumi dan mentadbir muka bumi. Pentadbiran ini memerlukan suatu sistem pemerintahan yang telah diatur oleh Allah kepada manusia melalui risalah daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul... Maka, melalui Sirah Nabi kita Muhammad S.A.W, kita dapat memahami tentang Negara Islam yang telah dibina oleh baginda di Madinah. Memang negara islam tidak disebut di dalam Quran, namun ianya menjadi sunnah amaliyyah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Firman Allah: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (al-ahzab, 21)
Apa yang ditunjukkan dalam kehidupan Nabi merupakan perkara yang penting dan perlu diteliti. perjuangan nabi selama 23 tahun perlu dikaji. Kita akan memahami bahawa Islam yang di bawa oleh Nabi kita telah mewujudkan sebuah Negara iaitu di Madinah. Maka, nabi telah menunjukkan bagaimana pemerintahan Islam dan Negara Islam yang telah dibina oleh baginda.
Bagaimana dengan negara berkebajikan??? Perkara kebajikan di dalam al-Quran disebut lebih kurang 40 tempat dalam al-Quran. Di sini menunjukkan bahawa penekanan berkenaan soal kebajikan dan konsep kebajikan yang perlu difahami mengikut kehendak Islam. Bahkan dinyatakan dalam ayat di atas tentang kumpulan yang mesti wujud bagi melaksanakan agenda kebajikan ini tetapi pada masa yang sama perlu memenuhi syarat yang dinyatakan di dalam ayat. Mereka perlu menyuruh kepada perkara makruf, dan mencegah perkara mungkar. Inilah bezanya syarat melaksanakan KEBAJIKAN dalam islam.
Kebajikan dinyatakan dahulu di dalam ayat menunjukkan kebajikan merupakan perkara yang sangat penting sebagai permulaan kepada perkara-perkara yang lain. Ini memberi gambaran kepada kita kaedah dalam berdakwah dan berpolitik. Konsep Negara Islam yang dibahaskan sebelum ini oleh masyarakat mungkin amat berat untuk diterima oleh orang bukan islam tetapi amat penting bagi menyedarkan umat Islam.
Nabi kita pernah berpesan kepada muaz bin Jabal sebelum dihantar ke yaman bagi berdakwah di yaman. 'Wahai Muaz, permudahkan dan jangan susahkan"... Ini menunjukkan bahawa memperkenalkan Negara Berkebajikan sebenarnya menuju ke arah Mendaulatkan Negara Islam.
Ini merupakan kaedah dan kebijaksanaan Ulama Islam bagi memperkenalkan islam kepada seluruh masyarakt termasuk yang bukan Islam. Apabila mereka melihat kebajikan dan keadilan yang ada pada Islam dapat membawa mereka menerima islam.
Tidakkah UMNO juga mengamalkan negara berkebajikan??? persoalan ini timbul.... jawabnya, mereka tidak mengamalkan konsep kebajikan yang diajar di dalam islam melalui Quran dan Hadis.
Firman Allah : "Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. "(al-baqarah, 177)
Ini menunjukkan kebajikan Islam tidak sama dengan kebajikan jahiliyah yang dianggap suatu kebajikan. Oleh sebab itu, tidak ada perlawanan dasar negara berkebajikan dalam Islam dengan Negara Islam . Kita lihat bagaimana pemerintahan Umar abdul aziz yang sangat hebat walaupun sekejap sehingga tidak ada penerima zakat. Ini menunjukkan keadilan pemerintahan Islam sewaktu wujudnya khilafah islamiyyah dengan tidak mengabaikan kebajikan rakyat bukan sahaja dari sudut harta benda dunia termasuk jalan menuju ke akhirat.
Konsep dan definisi
Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:
"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.
Ciri-ciri Negara Berkebajikan
Negara Berkebajikan:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.
Sejarah
Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.
w.a'lam.....
Renungan
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.
0 comments