MAKAN MALAM DANA 'PERANG' PRU-13 PEMUDA DUN CHUKAI


KEMAMAN - Satu Majlis Makan Malam akan diadakan oleh Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, pada 12 Julai depan bagi mengutip dana bagi mengisi Tabung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Setiausahanya, Wan Muhammad Zawawi berkata dua tetamu khas iaitu Naib Presiden Salahuddin Ayob dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz akan melancarkan Tabung PRU-13 Pemuda DUN Chukai.Katanya, pelancaran itu juga, merupakan Fasa kedua persiapan 'perang' Pemuda PAS di Dun Chukai menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa..“Kami (pemuda) di Dun Chukai ini dalam keadaan siap sedia dan hanya tunggu ‘wisel’ pilihan raya.“Pelbagai aktiviti diadakan dan kami (PAS) masih memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk hadapi pilihan raya ini,” ujarnya kepada Harakah.Menurutnya, semangat kerja Pemuda PAS Dun Chukai umpama 'bala tentera', semakin kuat selepas Muktamar PAS Pusat Ke-57 dengan saf kepimpinan baru dipilih.Katanya, Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin gerun dengan saf kepimpinan PAS kali ini yang disifatkan sebagai “kabinet perang”.Buletinonline dimaklumkan, majlis makan malam tersebut akan di Restoran Cahaya Mesra, Geliga Besar, Chukai, Kemaman.Sehubungan itu, orang ramai yang berminat menyertainya sila hubungi Ustaz Zawawi ditalian 019-984 7288, 019-967 1409 atau Ahmad Sabree (013-931 8061) bagi tempahan meja berharga RM50.00 seorang.
Tags: , ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...