Lawatan PAS Kawasan Kemaman Ke DUN Cukai




24 & 25 JUN 2011 Cukai - Bermula dengan tazkirah dhuha oleh Tim.YDP Ust Nik Nasri di Masjid Lama Kg Tuan, selepas itu penyampaian sumbangan fakir miskin seramai 33 orang dan ziarah MOSWA seramai 5 orang di sekitar Kg tuan dan Kg Banggol.Pada sebelah paginya, Pemuda edar risalah di padang Astaka dan sekitar pasar tani Kemaman. Muslimat baca Yasin di 14 buah rumah (kg tuan 6 & selebihnya di seluruh dun cukai).Jam 5.00 petang minim petang bersama AJK PAS Kawasan di tiga buah kedai ( Bandar, Geliga & Berenjut). Kuliah maghrib pada malam itu sebanyak 13 buah surau yang disusun oleh Urusan Ulama DUN. Bermula jam 9.00 malam ketua Penerangan telah aturkan 9 buah rumah untuk diadakan ceramah kelompok. Pada keesokkan harinya program santai pemuda bersama DPPKK di perkarangan warung kg Jaya dengan diadakan BBQ.
Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...