
Sabda Rasulullah S.A.W : ' Kamu berada seketika dalam perjuangan Islam adalah lebih baik daripada segala dunia dan apa yang ada di dalamnya'...
Menunjukkan bahawa berjihad adalah penting dan tidak boleh ditinggalkan sekali-kali oleh umat Islam walau dalam keadaan apa sekali pun... Mereka yang hebat beribadat dengan meninggalkan jihad sebenarnya leka dengan ibadat dan bermain- main dengan ibadat... Jihat
yang paling besar adalah menegakkan Islam, berkata benar di hadapan
pemimpin2 yang zalim... Sabda Nabi : ' Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemimpin yg zalim...
Abdullah Bin Mubarak (seorang ahli hadis yang terkenal) telah menulis surat kepada kawannya yang juga ahli hadis yang terkenal sehingga namanya disebut dalam sahih bukhari...
Surat Abdullah Bin Mubarak menyatakan: ' wahai sahabat ku yang sedang beribadat di kedua tanah haram mekah dan madinah.. Sekiranya saudara benar2 mengerti dan faham, saudara akan mengetahui bahawa saudara hanya bermain-main dengan ibadat.. Sekiranya saudara pipi saudara mengalirkan air mata kerana beribadat kepada Allah, leher2 kami mengalirkan darah2 kerana berjuang pd jalan Allah.. Sekiranya, kuda-kuda saudara penat pada waktu pagi dan petang di jalan kebatilan, kuda2 kami penat kerana menegakkan Agama Allah....'
Apabila Fudhail Bin Iyadh membaca surat itu, dia terus menangis dan bertanya kepada pemuda yang membawa surat.. 'adakah kamu minat ilmu hadis?' pemuda itu menjawab, ya saya minat ilmu hadis.. Lalu Fudhail Bin Iyadh meriwayatkan hadis kepada pemuda tersebut, ' kamu tidak
dapat menandingi kelebihan orang yang berjihad pada jalan Allah melainkan kamu beribadat dan berpuasa siang dan malam sepanjang tempoh mereka keluar berjihad'..
Di sini menunjukkan bahawa kelebihan mereka yang berjuang untuk meninggikan agama Allah di samping kelebihan2 yang lain yang dinyatakan dalam Quran...
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama!!!

0 comments