Apa itu radiasi?


Radiasi adalah pancaran tenaga melalui suatu ruang dalam bentuk panas, partikel atau gelombang elektromagnetik dari sumber radiasi. Ada beberapa sumber radiasi yang kita kenal di sekitar kehidupan kita, contohnya adalah televisyen, lampu penerangan, alat pemanas makanan (microwave oven), komputer, dan lain-lain. Ada sumber-sumber radiasi yang bersifat unsur alamiah, beberapa di antaranya adalah Uranium dan Thorium di dalam lapisan bumi, Karbon dan Radon di udara serta Tritium dan Deuterium yang ada di dalam air.

Apa bezanya jenis radiasi dalam bentuk partikel dan radiasi dalam bentuk gelombang elektromagnetik?

Radiasi dalam bentuk partikel adalah jenis radiasi yang mempunyai masa terukur. Sebagai contoh adalah radiasi alpha dengan simbol:

img47958fb627c6e

angka 4 pada simbol radiasi menunjukkan jumlah massa dari radiasi tersebut adalah 4 satuan massa atom (sma) dan angka 2 menunjukkan jumlah muatan radiasi tersebut adalah positif 2, serta radiasi beta dengan simbol:

img47958fe32cadf

menunjukkan bahawa jumlah masa dari jenis radiasi tersebut adalah 0 dan jumlah muatannya adalah negatif 1, sedangkan radiasi neutron dengan simbol:

img479590013401a

menunjukkan bahawa jumlah masa dari neutron adalah 1 dan jumlah muatannya adalah 0. Radiasi dalam bentuk gelombang elektromagnetik adalah jenis radiasi yang tidak mempunyai massa dan muatan listrik. Misalnya adalah gamma dan sinar-X (dalam jenis tenaga radioaktif yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar), radiasi yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti sinar lampu, sinar matahari, gelombang microwave, radar dan telefon bimbit.


Manusia hari ini sangat terdedah pada gelombang radiasi yang di berpunca daripada gaya hidup masa kini seperti contoh penggunaan internet wifi, telefon bimbit, radio dan bermacam lagi. Isu sedang hangat yang menjadi bahan perbualan terutama kepada penduduk sekitar Kuantan dan Kemaman. Persoalan yang bermain di fikiran, adakah gelombang ini selamat kepada manusia?

Radiasi adalah sejenis gelombang yang di kategori sebagai gelombang yang bahaya kepada manusia. Cuma tahap bahaya gelombang ini harus di ambil kira bergantung kepada jenis. Gelombang yang berpunca daripada alat elektronik seperti internet wifi, telefon bimbit adalah mungkin jenis yang tidak dapat dielakkan dari kehidupan seharian. Manusia hari ini seharusnya berfikir cara untuk mengurangkan kesan radiasi dan bukannya menambah lagi bahaya yang telah sedia ada.

Antara langkah yang boleh di ambil antaranya ialah dengan mengurangkan penggunaan alat elektronik dan berfikir secara rasional mengenai pembinaan loji nuklear yang boleh memberi kesan yang teruk sekiranya berlaku kebocoran. Antara manusia di dunia yang di latih untuk melakukan kerja secara cekap, berdisiplin, mematuhi arahan adalah bangsa dari negara matahari terbit. Loji nuklear yang terletak di Fukushima bersebelahan dengan Lautan Pasifik sememangnya telah dijangka akan berlaku banjir besar.

Segala macam langkah keselamatan telah di ambil antaranya adalah membina tebing yang tinggi supaya dapat menghalang ombak besar. Apakan daya manusia yang hanya mampu merancang tanpa dapat mengetahui hakikat kejadian sebenar perancangan Allah yang akan menimpa manusia. Oleh itu kita sebagai manusia, janganlah kita mencabar ilmu yang ada jika di bandingkan dengan ilmu yang di miliki oleh Allah.


Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:


Katakanlah,
"Sekiranya lautan itu menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habisnya ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun datangkan tambahan sebanyak itu pula". (Surah Al-Kahf : Ayat 109)

Tags:

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...