KUANTAN, 11 April - Orang ramai terutamanya umat Islam di negeri ini yang kecewa dengan "aksi seks" akibat penganjuran satu pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah (Pondan) Miss Malaysia 2010 kini menunggu kenyataan daripada Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pahang iaituDato’ Hj Abdul Rahman Hj Osman (foto) atas insiden tersebut. Ketika menyatakan tujuan acara itu, pihak penganjur mengatakan ia diadakan bagi tujuan mengutip dana untuk diserahkan kepada anak yatim dan rumah kebajikan. Namun, memandangkan acara itu dianjurkan oleg golongan"Mak Nyah" iaitu satu golongan manusia yang dilaknat Allah atas muka bumi ini maka sepatutnya Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan beliau. Jika tidak umat Islam di negeri ini pasti akan keliru dengan konsep kutipan amal yang dilakukan oleh golongan Mak Nyah terbabit. Tambahan pula acara itu dipenuhi dengan aksi seks yang cukup menghairahkan. Tindakan Mufti Pahang yang "mendiamkan diri" umpama "syaitan bisu" ini amatlah tidak wajar sebenarnya. Beliau harus tampil dan tidak menundukkan diri (seperti pada foto berkenaan). Apa yang lebih menarik ialah ada mufti dari negeri lain pula yang memberi kenyataan beliau tentang isu ini. “Haram tetap haram. Walaupun matlamat mahupun niat dipasang bertujuan untuk kerja amal dan kebajikan, cara yang dilaksanakan ternyata salah di sisi Islam,” kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Beliauberkata, keadaan dan sifat pertandingan itu sendiri ternyata salahiaitu dengan menggunakan peserta pertandingan terdiri daripadagolongan mak nyah sebagai aset peraduan untuk mengutip dana sumbangan yang jelas haram dalam Islam. “Hasil diperoleh melalui penganjuran pertandingan ratu cantik golongan mak nyah itu sudah semestinya tidak halal di sisi agama dan tidak wajar untuk didermakan kepada mana-mana pihak walaupun ia bertujuan membantu golongan yang memerlukan,” katanya lagi.

0 comments