~: KULIAH USTAZ HARUN:~ ISNIN ~ (21/03/2011)

Alhamdulillah, pada malam ini selesai satu kuliah yang cukup penting dan bermakna yang telah disampaikan oleh Ustaz Harun di Surau Kampung Jaya,Batu 2 Kemaman. Kuliah beliau yang menggunakan kitab “AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH” sangat penting untuk diikuti kerana membincangkan soal aqidah umat Islam yang wajib kita fahami.

Aqidah yang merupakan perkara utama dan diibaratkan seperti sepohon pokok, akarnya melambangkan aqidah. Jika akarnya rosak, sudah pasti buah yang dihasilkan tidak berkualiti. Amalan yang dilaksanakan sepanjang kehidupan tidak akan diterima oleh Allah sekiranya aqidah seseorang menyeleweng. Oleh sebab itu, kita perlu mempelajari aqidah dengan mendalam terutamanya bagi memastikan kita bersih daripada sebarang syirik.

Banyak pesanan yang disampaikan oleh Ustaz Harun termasuk isu semasa yang sedang berlaku. Apa yang paling penting untuk diambil pengajaran adalah pesanan mengenai perjuangan islam. “Tidak ada guna perjuangan tanpa Ilmu”, kata beliau. Dapat kita fahami bahawa berjuang untuk menegakkan islam adalah dengan ilmu dan faham, bukannya dengan nafsu dan semangat. Oleh sebab itu, anak-anak muda perlu ditarbiyah bermula dengan ilmu yang akhirnya dapat membuahkan amal yang soleh.

Tajuk yang dibincangkan pada malam ini adalah ‘Membentuk Diri Manusia Di Dunia dan Di Akhirat’. Pelbagai dalil yang dibincangkan di antaranya peringatan Allah di dalam al-quran,Al-Taghaabun,8:


(#qãZÏB$t«sù «!$$Î/ ¾Ï&Î!qßuur ÍqZ9$#ur üÏ%©!$# $uZø9tRr& 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ׎Î7yz ÇÑÈ

8. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada RasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - Yang Kami turunkan. dan (ingatlah), Allah amat mendalam pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.


Ayat ini jelas menunjukkan arahan Allah supaya kita beriman kepada Allah dan kepada Rasul dengan iman yang sebenar-benarnya. Al-Quran yang diturunkan dapat memberi cahaya kepada manusia dan memandu urusan kehidupan manusia. Tidak lupa peringatan Allah agar kita menjaga amalan-amalan kita kerana Allah mengetahui setiap apa yang kita kerjakan termasuk yang lahir di dalam hati-hati manusia. Jika lahir di dalam hati manusia untuk membuat kebaikan, nescaya mendapat pahala dan sekiranya melaksanakannya dapat menggandakan lagi pahala yang diperoleh. Jika sekiranya timbul di dalam hati manusia untuk mengerjakan kejahatan, tidak ditulis oleh para malaikat dosanya sehingga kita benar-benar melaksanakannya.

Akhirnya, kita perlu memahami kalimah Laa Ilaaha IllalAallah. Inilah tujuan kita mempelajari kitab ‘Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah’ agar kita memahami aqidah yang sebenar yang perlu dipegangi oleh ummat islam. Kalimah ‘Laa’ dengan makna menafikan tidak ada Tuhan melainkan Allah. Maka, kalimah ini perlu ditegakkan oleh manusia selaku khalifah di muka bumi. Tidak ada makhluk lain yang layak untuk memikul amanah ini melainkan manusia yang diberi akal dan nafsu untuk melaksanakan tugas yang berat ini. Memahami kalimah tersebut sudah cukup untuk kita beriman kepada Allah dan Rasul tanpa mempersoalkan arahan Allah dalam semua perkara samada berkaitan dengan ibadat termasuk dalam perkara janayah atauperundangan islam. Kita juga akan mengambil islam sebagai ‘diin’ dan cara hidup serta menolak segala ajaran jahiliyyah.





Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

0 comments

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...