~:Kelebihan Memperjuangkan Islam:~

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang(berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."Al-Hujurat,15.


Islam merupakan agama yang dianuti ramai hari ini yang mempunyai pasang surut, kadang-kadang berada di atas dan kadang-kadang di bawah. Namun, mereka yang mempunyai rasa cinta terhadap islam pasti akan melakukan sesuatu dan inilah yang dapat menguji iman seseorang. Allah mengurniakan pahala yang besar dan kelebihan samada di dunia dan di akhirat kepada mereka yang berjuang. Tidak ada keraguaan di dalam diri mereka untuk bersama dengan islam dalam keadaan apa sekalipun. Apabila seseorang bersedia untuk bersama dengan islam dan mendokong perjuangan islam pasti akan diuji sehebat-hebatnya oleh Allah bagi membezekan di antara mereka yang benar-benar berjuang atau mereka yang tidak memenuhi janjinya.

Terdapat perbezaan di antara PENDOKONG dan PENYOKONG perjuangan islam. Mereka yang mendokong akan menggunakan sepenuh tenaga, harta benda bahkan sanggup mengorbankan diri mereka demi islam. Allah menyatakan di dalam al-Quran berkenaan ujian yang diberikan kepada yang mengaku beriman demi menilai siapa yang benar di kalangan mereka.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."(al-ankabuut,2 & 3).


Hari ini mereka yang menegakkan islam di Malaysia berjuang melalui parti politik dan bukan sekadar berpolitik. Mereka merupakan penolong agama Allah dan matlamat mereka untuk melaksanakan Al-Quran secara keseluruhan kerana Allah melarang kita beramal dengan Quran sebahagian sahaja. Justeru menegakkan islam perlu kepada organisasi yang mantap dan menyeluruh supaya dapat memimpin kemenangan. Allah mengingatkan di dalam al-quran, "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh."(al-saff,4). Di sini menunjukkan pentingnya gerakan islam mempunyai organiasasi/parti yang berjuang di tempat masing-masing. Islam mengajar kita mengambil cara yang baik ~ sekiranya peperangan dapat dielakkan mesti kita elakkan. Oleh sebab itu, PAS menyertai parti politik untuk menegakkan islam di Malaysia dan menegur pemerintah.

Namun, rakyat di Malaysia tidak faham perjuangan PAS dan menganggap PAS merupakan parti politik semata-mata. Lantas mereka menggunakan hujah yang mudah untuk disangkal oleh pimpinan PAS. Namun mereka yang berjuang kerana bangsanya menggunakan media arus perdana dan sebagainya untuk memusihi islam. Pelbagai tuduhan dan kritikan terhadap PAS dan mereka yang mengkritik tidak berani untuk berdepan dengan pimpinan PAS. Mereka yang menentang PAS sudah pasti menjadi musuh kepadanya ~ tetapi golongan yang tidak bersetuju dengan cara PAS sehingga kadang-kadang tidak menyertai PAS untuk menegakkan islam. Pada pendapat penulis, perlu kepada mereka untuk mengkaji sejarah gerakan islam, matlamat dan jalan menuju matlamat yang perlu di ambil sekiranya menyayangi agama ini. Kita bimbang mungkin kerana tenaga, harta dan mulut2 kita menyebabkan Islam lambat untuk mendapat kuasa dan agenda Allah tidak dapat dilaksanakan.

"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk(yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar," (al-nisaa,95)


Seterusnya, kelebihan yang lebih besar adalah keampunan daripada Allah. Dijelaskan di dalam surah al-saff dengan panjang kelebihan mereka yang berjuang.Diantaranya Firman Allah ~ "Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar."(al-saff, 12). Kelebihan kita berjuang MENDOKONG agama ini adalah keampunan daripada Allah setiap saat dalam kehidupan selagi kita berada di atas jalan ini. Dosa-dosa yang dilakukan samada sedar atau tidak diampun olehnya sekiranya kita ikhlas membantu agama ini.

" Tapi aku banyak melakukan dosa, bagaimana?? Aku tidak layak.... Aku kurang ilmu... Aku... Aku... Aku..." ~Ini semua alasan yang menyebabkan tidak ramai yang ingin mendokong perjuangan islam samada diperingkat mahasiswa mahupun di luar dan perlu kita elakkan sekiranya kita yakin janji Allah melalui al-Quran.


Berlaku di zaman Saidina Umar ~ apabila Saad bin Abi Waqas ditugaskan untuk menyerang parsi, Saad memeriksa tenteranya di khemah-khemah lalu melihat seorang yang minum arak. Abu Ma'jad seorang tentera yang hebat berperang menegakkan islam dibandingkan dengan kita berjuang tanpa menumpahkan darah sanggup melakukan dosa besar sehingga minum arak dalam perjalan perang. Saad mengambil tindakan dengan merantai abu Ma'jad dan tidak mengizinkan beliau ikut berperang bersama tentera islam yang lain. Hukuman Had atau Hudud tidak boleh dilaksanakan lagi mengikut feqah islam kerana berada dalam peperangan.

Apabila tentera islam pergi berperang dan tinggallah Abu Ma'jad bersama dengan golongan muslimat yang membantu peperangan di khemah-khemah. Tiba-tiba Abu Ma'jad melihat bodohnya dan ruginya beliau tidak ikut berperang kerana melihat muslimat sibuk menguruskan bekalan tentera islam.' Mereka orang yang lemah sedangkan aku orang yang hebat. Kalau orang yang lemah membantu islam, mengapa aku yang kuat berada dalam keadaan begini.' fikir Abu Majad.

"Tolong lepaskan aku, aku menyesal dan ingin turut berperang", rayunya. Tidak ada yang berani melepaskan beliau kerana takut kepadaarahan panglima Saad. Akhirnya isteri Saad melepaskan Abu Ma'jad dan beliau terus ke medan perang. Panglima Saad melihat seorang yang hebat bertempur dan beliau sangan gembira. Diringkaskan cerita, Abu Ma'jad menyesal di atas perbuatan dosanya dan beliau bertaubat dan meninggal amalan minum arak.

Inilah hikmat kita berada dalam perjuangan islam. Apabila melakukan kesilapan, Allah akan menyedarkan kita kembali dan terus bertaubat. Apa yang menjadi masalah, kita takut bersama islam dengan mengemukakan pelbagai alasan. Sama-sama kita renungkan!!!
Tags: ,

Renungan

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.

1 comments

  1. MasyaAllah, dah ada kOlumnis kita. SemOga lebih banyak artikel2 yang dikeluarkan sendiri oleh PPDC selain berita2 aktiviti.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...