KUANTAN, 8 April - Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses
"rare earth" Lynas Corporation Ltd kini semakin meningkat selepas
Kerajaan Negeri Pahang mengadakan taklimat awam berkenaan projek itu di
Komplek Dagangan Indera Mahkota dan
Duta Village dekat Beserah baru-baru ini. Petang tadi, rakyat terus bangkit menyatakan bantahan dan tidak mahu kewujudan kilang tersebut di negeri.
Himpunan Membantah Lynas dan Selamatkan Malaysia siri kedua telah diadakan di perkarangan
Masjid Balok Makmur selepas solat Jumaat hari ini. Himpunan yang dianjurkan oleh
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diketuai oleh
Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) itu telah menarik perhatian para jemaah masjid berkenaan. Ini kerana, kawasan berkenaan adalah antara lokasi yang paling hampir dengan projek berbahaya itu nanti. Malah, turut kelihatan ialah beberapa pekerja
Lynas Malaysia Sdn Bhd yang bersolat Jumaat di situ. Seperti biasa ucapan panas telah dibuat oleh Ustaz Suhaimi,
YB Syed Mohammad Syed Lonik (ADUN Beserah),
Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan
Saudara Andansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) turut menyampaikan ucapan agar rakyat bantah projek tersebut daripada
diteruskan pembinaannya.
ADUN Beserah, YB Syed Mohammad Syed Lonik turut membuat ucapanUstaz Suhaimi Md Saad dengan lantang mahukan projek Lynas dihentikanSaudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) berucapSebahagian penduduk yang turut menyatakan bantahan isu projek Lynas Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman juga sempat berucapRakyat bersatu mahu projek radioaktif Lynas dibatalkan pembinaannya [Turut kelihatan ialah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Pihak polis seperti biasa hadir untuk memantau acara itu tadi. Namun, segalanya berakhir dengan suasana yang tenang dan tidak ada provokasi berlaku. Disamping berucap, risalah berkaitan bahaya Lynas juga turut diedarkan kepada orang ramai. Himpunan ini jelas sekali membuktikan betapa rakyat yang tidak berdosa tidak mahu hidup mereka dihantui dengan risiko bahaya radioaktif "rare earth" yang boleh terkena kepada mereka atau anak cucu pada masa akan datang. Justeru itu, mereka bangkit menentang dan mahu Kerajaan Negeri Pahang membatalkan terus projek ini tanpa sebarang kompromi. Bantahan seterusnya akan diadakan dalam jumlah yang lebih besar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bermula tidak lama lagi. Difahamkan, himpunan petang tadi turut dihadiri oleh wartawan media antarabangsa Al-Jazeera. Semua rakyat diseru datang beramai-ramai untuk menyatakan sokongan terhadap bantahan ini. Nampaknya kempen Selamatkan Rakyat, Bantah Lynas masih dipandang sepi mereka!]
Renungan
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimah yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.
0 comments