KUANTAN, 11 April - Orang ramai terutamanya umat Islam di negeri ini yang kecewa dengan "aksi seks" akibat penganjuran satu pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah (Pondan) Miss Malaysia 2010 kini menunggu kenyataan daripada Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pahang iaituDato’ Hj Abdul Rahman Hj Osman (foto) atas insiden tersebut. Ketika menyatakan tujuan acara itu, pihak penganjur mengatakan ia diadakan bagi tujuan mengutip dana untuk diserahkan kepada anak yatim dan rumah kebajikan. Namun, memandangkan acara itu dianjurkan oleg golongan"Mak Nyah" iaitu satu golongan manusia yang dilaknat Allah atas muka bumi ini maka sepatutnya Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan beliau. Jika tidak umat Islam di negeri ini pasti akan keliru dengan konsep kutipan amal yang dilakukan oleh golongan Mak Nyah terbabit. Tambahan pula acara itu dipenuhi dengan aksi seks yang cukup menghairahkan. Tindakan Mufti Pahang yang "mendiamkan diri" umpama "syaitan bisu" ini amatlah tidak wajar sebenarnya. Beliau harus tampil dan tidak menundukkan diri (seperti pada foto berkenaan). Apa yang lebih menarik ialah ada mufti dari negeri lain pula yang memberi kenyataan beliau tentang isu ini. “Haram tetap haram. Walaupun matlamat mahupun niat dipasang bertujuan untuk kerja amal dan kebajikan, cara yang dilaksanakan ternyata salah di sisi Islam,” kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Beliauberkata, keadaan dan sifat pertandingan itu sendiri ternyata salahiaitu dengan menggunakan peserta pertandingan terdiri daripadagolongan mak nyah sebagai aset peraduan untuk mengutip dana sumbangan yang jelas haram dalam Islam. “Hasil diperoleh melalui penganjuran pertandingan ratu cantik golongan mak nyah itu sudah semestinya tidak halal di sisi agama dan tidak wajar untuk didermakan kepada mana-mana pihak walaupun ia bertujuan membantu golongan yang memerlukan,” katanya lagi.
[Tahniah kita ucapkan kepada Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid (foto) kerana lebih berani bersuara daripada Mufti Pahang ini. Malah dalam isu "Video Seks" yang hangat dipertakakan baru-baru ini pun Mufti Pahang membisu umpama "Syaitan Bisu", biar pun rakan-rakan yang lain dari Perak dan Perlis keluarkan kenyataan. Apakah begini caranya seorang tokoh agama memegang jawatan. Kepada siapa yang dia bertanggungjawab agaknya?. Apa yang kita tahu Mufti Pahang ini pun sibuk dengan perniagaan restorannya Lebak Cafe yang sedang hangat diperkatakan di Indera Mahkota. Biar pun pekerja restoran terbabit tidak menunaikan tuntutan agama termasuk solat Jumaat, namun kerana bekerja di Cafe Mufti maka dia biarkan sahaja. Apakah sifat sebegini layak ada kepada seorang Mufti agaknya. Mufti hanya menjadi pembaca dia ketika majlis-majlis rasmi kerajaan, sebaliknya tidak berani untuk menegur hatta membuat kenyataan yang bercanggah daripada aspirasi kerajaan UMNO BN di Pahang. Maka, tunggulah kamu akan jawapan Allah diakhirat kelak].
0 comments